Sayu! Ibu Terpaksa Bawa Bayi 4 Hari Berpantang Dalam Kereta. Seorang Anak Terbaring, Demam Teruk

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa simpati selepas tularnya foto memaparkan seorang wanita yang terpaksa berpantang di dalam sebuah kereta bersama bayinya.

Lebih menyayat hati, wanita itu yang ditemani seorang kenalan lelaki baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan, beberapa hari lalu.

pantang2

Seorang lagi anak wanita itu yang sedang tidak sihat.

Disebabkan masalah yang tidak didedahkan, mereka terpaksa tinggal di dalam sebuah kereta usang yang diletakkan di tepi jalan di Sungai Petani, Kedah.

Menerusi foto tular di media sosial sejak Rabu malam, kelihatan wanita bertudung berusia 26 tahun itu sedang meriba bayinya di kerusi depan sebelah pemandu.

Di bahagian tempat duduk belakang kereta yang dilihat sudah uzur keadaannya pula, seorang lagi anaknya sedang tidur kerana mengalami demam teruk.

“Ada sebuah keluarga terpaksa tidur dan berpantang bersama bayi empat hari di dalam kereta. Tak ada tempat tinggal.

“Wanita itu baru bersalin empat hari. Anak yang seorang lagi demam teruk pula,” kongsi seorang individu menerusi laman Facebook.

Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Operasi Murtadha Dakwah Centre Muhammad Ridzuan Osman memaklumkan individu dalam kes 

Ketika dihubungi mStar, Ridzuan memaklumkan wanita itu yang juga ibu kepada tiga cahaya mata telah dibantu untuk mendapatkan penginapan sementara.

Malah, wanita itu telah menerima kunjungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) serta pihak klinik kesihatan.

“Semalam dapat panggilan bertubi-tubi. Dimaklumkan ada wanita dengan bayi empat hari tidur dalam kereta, tiada tempat tinggal. Kami pergi tengok, rupanya memang betul.

“Cuma ada masalah yang menyebabkan mereka duduk di situ. Malam itu juga kami jumpa mereka. Pihak kami bawa balik dan pergi ke klinik untuk rawatan sebab anaknya demam.

“Kami juga dah bagi penginapan untuk wanita tersebut dengan anaknya. Kami tengah dalam proses untuk selesaikan masalah mereka,” ujarnya lagi.

pantang3

Kereta yang menjadi tempat wanita itu berteduh sebelum kes itu tular dan mendapat bantuan sewajarnya.

Menjengah ke ruangan komen Facebook, ramai netizen yang bersimpati, malah ada yang menyuarakan hasrat untuk menghulurkan bantuan kepada wanita berkenaan.

“Allahuakhbar. Dengan baru bersalin, nak betul-betul urat. Semoga ada insan mulia yang dapat menolong mereka.

“Semoga ada pihak dapat membantu akak ini dengan anak-anak.

“Moga ada insan yang tolong. Akak tu baru bersalin, mana boleh duduk dalam kereta macam tu,” tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, MADADCare – Murtadha Dakwah Centre merupakan organisasi bukan kerajaan (NGO) berpengkalan di Kedah yang menjalankan kerja-kerja kebajikan dan banyak membantu asnaf di seluruh Malaysia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Sayu! Ibu Terpaksa Bawa Bayi 4 Hari Berpantang Dalam Kereta. Seorang Anak Terbaring, Demam Teruk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*