“‘Penyondol’ Jadi Punca” – Nur Nilam Dedah Dah Cerai Dengan Azlan Komeng,

 

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam mengesahkan dia sudah pun bercerai dengan aktor berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Nilam menerusi TikTok miliknya serta memberitahu akan ke mahkamah Khamis ini untuk membuat pengesahan lafaz cerai.

@puan_nurnilamortiz_ Yes redha itu lebih tenang. Feels like I’m ready to accept whatever is going to happen which actually caused me to make a peace with myself#nurnilamORTIZ #NN💞 #AkN💞 #AMK💞 #kedongdongsitukangsihir #takkanmenangsitukangsihir ♬ original sound – Puan Nilam

“Saya dan Komeng sudah bercerai. Tapi kena tunggu Khamis akan ke mahkamah untuk sahkan lafaz cerai sebab lafaz dibuat di luar mahkamah. Walaupun saya bukan rakyat Malaysia, tapi saya menghormati undang-undang negara ini,” katanya.

Sementara itu, menerusi posting berkenaan Nilam turut memberi bayangan punca keretakan rumah tangga adalah disebabkan orang ketiga yang digelar sebagai ‘pelacur peribadi’.

Dalam pada itu, Nur Nilam seolah memberi bayangan mendakwa bahawa wanita itu pernah menjalin hubungan dengan Azlan sebelum ini.

“Aku rasa kau dah boleh buat persiapan majlis kesyukuran sebab kau teruja nak jadi isteri kepada artis. Aku doakan supaya impian kau menjadi isteri Azlan Komeng tercapai.

“Setahu aku sebelum wujud kau, Komeng dah ada isteri tetapi kemudian cerai. Selepas itu dia berkahwin dengan aku, tetap tak ambil kau jadikan isteri. Boleh ke dari title PP menjadi isteri? Semoga berjaya. Aku doakan kau bahagia,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : rotikaya

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“‘Penyondol’ Jadi Punca” – Nur Nilam Dedah Dah Cerai Dengan Azlan Komeng,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*