RESTU orang tua adalah salah satu perkara terpenting bagi setiap pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan.
Penting untuk memohon restu daripada ibu bapa bagi mendapat reda Allah, agar rumah tangga yang bakal dibina kelak beroleh keberkatan.
Namun tidak dinafikan dalam soal ini, ada sesetengah ibu bapa yang keberatan memberi restu gara-gara tidak bersetuju dengan pilihan hati si anak.
Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman X, dia kini berada di dalam dilema kerana bapanya mengenakan satu syarat sebelum memberi lampu hijau untuk dia berkahwin dengan teman lelakinya.
“Aku 30 tahun, boyfriend 31 tahun, kami nak kahwin. Boyfriend aku dah merisik sejak 2020, ayah aku tak bagi (kahwin).
“Dia nak boyfriend aku keluar empat bulan dulu. Sampai sekarang kitaorang tak kahwin lagi,” luahnya.
Penting untuk setiap pasangan yang ingin berumah tangga mendapatkan restu ibu bapa. -Gambar hiasan
Wanita tersebut tidak menerangkan lebih lanjut, namun apa yang dimahukan oleh bapanya adalah supaya teman lelakinya mengikuti jemaah tabligh yang biasa keluar berdakwah selama empat bulan.
Tambah wanita berkenaan, teman lelakinya tidak mempunyai masalah menuruti syarat tersebut namun berdepan kekangan masa kerana terikat dengan pekerjaan.
“Dia (boyfriend) okay je dengan syarat tu tapi dia kerja. Kalau dia keluar empat bulan, komitmen dia macam mana. Mana ada company bagi cuti empat bulan,” luahnya lagi.
Luahan tersebut dikongsikan di akaun @abudialsagoff sehingga mengundang reaksi pelbagai daripada warga maya yang tampil memberikan nasihat serta pandangan.
Ada yang mengecam bapa wanita berkenaan kerana mereka berpendapat, orang tua sewajarnya membantu mempermudahkan urusan anak masing-masing untuk berumah tangga tanpa mengenakan syarat tertentu.
“Kalau aku, cukup syarat molek lelaki tu, nikahkan saja. Bersyukur ada orang berkenan anak dara hang.
“Kan kalau orang nak kahwin kita mudahkan, bukan susahkan,” demikian komen sebahagian netizen.
Namun sebahagian yang lain berpendapat, syarat tersebut sebenarnya hanyalah alasan untuk menolak calon pilihan anaknya.
Antara pandangan dan cadangan yang disarankan netizen.
“Bapanya tolak haluslah tu kalau dah agak-agak bagi macam impossible task. Usaha tu kena ada, tapi kalau dah minta yang bukan-bukan, kau sendiri fahamlah.
“Terang-terang dekat situ dia tak terima teman lelaki kau. Itu bahasa kiasan dari ayah kau je.
“Sebab bapa kau tak nak dekat dia la tu, sebab suruh benda yang macam tu,” demikian antara komen netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media
Sumber/ Kredit : mstar
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "Dah 3 tahun dirisik, bapa masih sulitkan urusan anak perempuan nak kahwin… Suruh calon menantu ‘keluar 40 hari’ dulu"