“Amelia Wanita Yang Sangat Cantik, Bijak & Pintar”

 

Umum mengetahui hubungan cinta pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson bukan lagi rahsia. Malah, kedua-duanya terbuka untuk berkongsikan kemesraan di media sosial.

Memetik Astro Gempak, Aedy mengakui tertarik dengan Amelia kerana rupa parasnya yang cantik serta menyifatkan aktres itu seorang yang bijak.

“Dia adalah seorang wanita yang sangat cantik. Dia bijak dan pintar. Saya rasa, apa yang buatkan saya lebih tertarik dengannya adalah bagaimana dia begitu komited dengan kerja dan mengelola hidupnya.

“Sebenarnya, kita sangat rapat. Kita sentiasa ada untuk satu sama lain dan dia adalah penyokong terbesar saya. Hal sebegini yang menjadikan saya lebih menghargainya,” katanya.

Dalam pada itu, Aedy mendedahkan dia dan Amelia sudah saling berjumpa dengan keluarga masing-masing. Katanya lagi, buat masa ini keduanya sibuk dengan pekerjaan.

“Kita tak nak letak satu tarikh atau target sebab masing-masing sibuk. Dia pula komited dengan kerja sampai saya pun terinspirasi dengan dia.

“Tambahan pula, saya dan Amelia mempunyai pemikiran yang sama. Famili pun kita dah berjumpa, dah berkenalan. Insya-Allah kalau ada rezeki, ada jodoh, adalah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : rotikaya

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Amelia Wanita Yang Sangat Cantik, Bijak & Pintar”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*