“Takdelah… Itu Khabar Angin,” – Aidil Aziz Respon D4kwaan Peminat Fasha H4mll

Pelakon Aidil Aziz menepis khabar angin bahawa isterinya, aktres Fasha Sandha kini sedang hamil cahaya mata kedua mereka, sebagaimana yang did4kwa segelintir pihak

Aidil berkata, meski tidak menolak rezeki zuriat, namun dia dan isteri kini sedang sibuk dengan komitmen kerja masing-masing.

“Takdelah (d4kwaan Fasha hamil). Itu sekadar khabar angin semata-mata. Fasha belum mengandung lagi. InsyaAllah, pada masa akan datang.

“Kalau ada rezeki, mungkin ketika kami sudah kurang sibuk nanti. Sebab bila  sudah melaksanakan komitmen kerja, InsyaAllah kami akan ikhtiar untuk menambah anak mungkin seorang lagi,” katanya kepada MH.

Pelakon drama Imamku Okey ini pada masa sama menyifatkan spekulasi yang dibuat itu secara tidak langsung memberi isyarat bahawa isterinya itu masih menjadi perhatian peminat.

“Apabila ada yang membuat andaian Fasha hamil, bagi saya itu memberi maksud peminat sayang dengan dia. Bagi saya tiada masalah pun, malah benda yang baik sekiranya kami diizinkan tambah anak lagi.

“Saya pun suka apabila ada yang mendoakan baik-baik buat isteri. Sekiranya hamil nanti, pasti kita akan berkongsi kepada umum mengenai berita itu,” katanya lagi.

Aidil mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Selasa.

Imbas kembali, Aidil dan Fasha mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira, 2 tahun.

Sebelum itu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berp1sah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : mediahiburan

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Takdelah… Itu Khabar Angin,” – Aidil Aziz Respon D4kwaan Peminat Fasha H4mll"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*