[VIDEO] Belum Genap Setahun, Netizen Teruja Tengok Muhammad Bilal Dah Pandai Berjalan

Meskipun umurnya belum genap setahun tetapi anak kepada pengacara dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Muhamad Bilal sudah pandai berjalan. Wah, badan Bilal dah tegap!

Bilal dah pandai berjalan

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Nur NLFH, memaparkan anak kepada pengacara itu masih berada dalam fasa ‘baru dapat kaki’.

Bukan itu sahaja, kelihatan Bilal cuba untuk menaiki climber untuk pertama kali. Meskipun saiz climber agak besar, namun Bilal berjaya naik di peringkat paling tinggi dengan pemantauan orang tuanya.

Di video yang lain, Bilal dilihat begitu teruja ‘meneroka’ taman permainan indoor. Malah, si cilik itu turut berjalan dengan laju dan mendekati pelbagai mainan di sana.

Walaupun usianya masih belum mencecah setahun lagi, namun badan Bilal sudah tegap serta mampu berjalan tanpa bantuan sesiapa pun.

Video penuh :

@seorangnur First time pun Bilal kalau boleh nak naik paling tinggi 😂 Budak bertuah sungguh lahh awak ni ❤️ #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Tokei no Uta – Nonochan(Nonoka Murakata)

@seorangnur MasyaAllah Bilal 😍 Dah besar dah budak tecik comel ni 🥹 #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ original sound – ʟᴜɴᴀ. – Rachel Verns Official

‘Dah boleh tambah adik ya Bilal’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut anak kepada Neelofa dan PU Riz sudah pandai berjalan. Malah, ada juga di antara mereka yang terhibur melihat tag nama di bahagian belakang Bilal.

Sumber : ohbulan.com

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : sinarviral

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Belum Genap Setahun, Netizen Teruja Tengok Muhammad Bilal Dah Pandai Berjalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*