Kasut Dipakai Anwar Ibrahim Jadi Perhatian, “Nak Persoal Tak Pa Jgn Fitnah”

 

Sejak bermula kempen Pilihan Raya Umum ke-15 lagi nama Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering disebut-sebut dan menjadi perhatian ramai. Apatah lagi selepas figura ini dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Beberapa kenyataan mengenai tidak mahu membazir dalam perkara yang tidak penting dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini terus menjadi perhatian rakyat.

Terbaharu isu kasut yang dipakai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pula menjadi topik hangat di sosial media. Dalam satu hantaran oleh satu akaun Twitter, pemiliknya telah memuat naik pendedahan harga kasut yang dipakai DSAI.

Berikut adalah muat naik tersebut dengan tulisan seperti berikut:

“Tolak S600 Mercedes, pakai chapal. Hari ni dah upgrade ke kasut berharga lebih daripada RM5,500 masyukkk PM”

 

Hantaran ini bagaimanapun telah meraih perhatian ramai. Malah di ruangan komen ada yang mendakwa kasut ini telah dipakai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari angkat sumpah di Istana Negara sebelum ini.

 

Disebabkan hantaran yang mempertikaikan kasut yang dipakai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim tersebut, figura dihormati ramai ini sendiri tampil memberikan kenyataan kepada pemilik akaun Twitter berkenaan.

 

Menurut Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kasut yang menjadi perbualan hangat ramai itu adalah pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun lalu.

Malah beliau turut menulis tidak mengapa untuk persoalkan mengenai perihal tersebut tapi jangan sampai bawa naratif fitnah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit :  https://syor.com/

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Kasut Dipakai Anwar Ibrahim Jadi Perhatian, “Nak Persoal Tak Pa Jgn Fitnah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*