Bantu pemuda lafaz syahadah, netizen puji dan doa Faizal Tahir masuk syurga

 

USAHA penyanyi Faizal Tahir membawa seorang jejaka memeluk agama Islam mendapat pujian ramai.

Detik bermakna itu dikongsi sendiri oleh Faizal, 44, di mana dia dilhat mengajar pemuda berkenaan melafazkan kalimah Syahadah sebagai syarat menjadi seorang Muslim.

Menerusi ruangan komen dalam video yang dimuat naik, rata-rata meluahkan rasa syukur dan berbangga dengan salah satu kerja amal dilakukan oleh Faizal.

Faizal berkongsi detik seorang lelaki memeluk Islam.

“Alhamdulillah, seronok tengok usaha sahabat.

“Tahniah Faizal. Bangga dengan kamu. Semoga Allah merahmati kamu dan keluarga.

“Tak boleh bayangkan bagaimana perasaan Faizal, semoga menjadi asbab masuk syurga,” komen netizen.

Dalam video tersebut juga, pemuda berkenaan mengakui dia memeluk Islam secara rela tanpa sebarang paksaan mana-mana pihak.

Sementara itu Faizal pula kelihatan tersenyum melihat lelaki itu memilih jalan baharu dalam hidupnya untuk mengamalkan ajaran Islam.

ft 3

Usaha Faizal mendapat pujian ramai.

Pada ruangan kapsyen, Faizal turut menulis sepotongan ayat suci alQuran dari surah An-Nasr yang menceritakan tentang pertolongan Allah.

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai.

“Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” – (surah An-Nars).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : https://www.mstar.com.my/

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Bantu pemuda lafaz syahadah, netizen puji dan doa Faizal Tahir masuk syurga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*