Cintakan haiwan eksotik, ulat beluncas dibuat pin tudung! Paling lawak ada yang sangka gadis ini pakai earpod

 

SEBUT sahaja ulat, pasti ada yang geli atau takut untuk memegang haiwan tersebut.

Namun bagi seorang gadis, menjadikan ulat sebagai ‘aksesori’ tudungnya merupakan perkara biasa.

“Cantik tak pin tudung baharu saya?” katanya.

Aksi gadis tersebut yang begitu teruja memegang ulat beluncas menerusi perkongsian video di laman sosial mengejutkan ramai.

“Dia pegang macam tu je?” komen netizen.

pin tudung ulat 3

Syazlin menganggap ulat beluncas sebagai haiwan yang comel.

Gadis berkenaan, Syazlin Hafisya Mohammad Hasni berkata, kisah ulat beluncas bermula apabila keluarganya menanam pokok-pokok bunga di hadapan rumah di Kulim, Kedah.

Lebih mesra disapa Syazlin, katanya, suatu hari dia berasa pelik apabila daun-daun pada pokok bunganya seperti digunting seseorang.

“Saya tengok ada kesan gunting. Tapi rupa-rupanya kesan gigitan ulat beluncas, mulanya tak nampak sebab apabila ulat tu menetas dari telur, ia sebesar butir beras.

“Selepas seminggu, barulah saiznya makin besar dan lebih banyak. Sekali kutip boleh cecah 30 ekor ulat beluncas. Kalau tak kutip, habis rosak pokok bunga.

“Saya jadikannya makanan kepada haiwan eksotik yang dibela iaitu Bearded Dragon, Sailfin Dragon dan Chameleon,” katanya kepada mStar.

pin tudung ulat 4

Kiri Syazlin membela Bearded Dragon dan kanan Chameleon.

Gadis berusia 21 tahun itu memberitahu keluarganya memperoleh lesen untuk memelihara haiwan eksotik dan permit bagi mengadakan pameran bergerak daripada Jabatan Perhilitan.

Antara haiwan eksotik yang dibela keluarganya adalah iguana, ular sawa, musang, ferret dan skunk (spesis musang), sugar glider (spesis tupai) serta kura-kura sulcata tortoise.

pin tudung ulat 2

Haiwan eksotik peliharaan keluarganya yang makan ulat beluncas.

Mengenai fesyen ‘pin tudung’ ulat, Syazlin berkata, ia dilakukan sekadar suka-suka untuk menarik perhatian para pengunjung ketika melakukan pameran bergerak dan mini zoo.

“Bila kutip banyak ulat beluncas ni nampak comel, badannya lembut. Ini menyebabkan saya suka bermain dengan ulat-ulat ini.

 

Ulat beluncas ni nampak comel, badannya lembut.

SYAZLIN

“Kiranya trend terbaharu pin tudung. Saya pernah letak ulat-ulat ini di tudung semasa berada di luar, terutama buat event dan mini zoo, paling lama di tudung selama 40 minit,” ujarnya.

Berkongsi cerita, anak tunggal ini berkata, dia pernah ditegur oleh seorang pengunjung sewaktu mengadakan zoo mini dalam satu majlis.

pin tudung ulat 5

Syazlin bersama haiwan eksotik Sailfin Dragon.

“Dia tanya kat mana saya beli aksesori earpod sebab nampak cantik dan lain daripada yang lain. Saya kata itu bukan earpod, tapi ulat beluncas.

“Kelakar sebab asalnya saya nak acah-acah jadikan ulat beluncas ni sebagai pin tudung, tapi ada yang sangka earpod pula. Saya pun tak terfikir macam tu,” tambahnya.

Syazlin yang kini menumpukan bisnes zoo mini pernah tular gayanya memakai ‘turban’ dan ‘mafla’ daripada ular sawa, selain tidur bersama iguana.

“Turban dah ada, mafla pun sudah. Sekarang pin tudung… selepas ini kena cari gaya fesyen lain pula,” ujarnya secara berseloroh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : 

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Cintakan haiwan eksotik, ulat beluncas dibuat pin tudung! Paling lawak ada yang sangka gadis ini pakai earpod"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*