Usop dah jadi ayah! Isteri selamat bersalin bayi lelaki, pilih nama Muhamad Saif Umar

 

PENYANYI Usop kini bergelar seorang bapa apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka awal pagi Jumaat.

Menerusi laman Instagram, Usop atau Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki itu.

usop1 - 1

Teha mendukung cahaya sulung mereka, Saif Umar.

Dalam perkongsiannya itu, Usop turut memberikan nama Muhamad Saif Umar kepada anak sulung mereka itu.

“Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop,” katanya.

Bersama kapsyen tersebut, Usop turut memuat naik foto isterinya sedang mendukung bayi lelaki mereka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Saif Umar menjadi anak yang soleh.

 

Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop.

USOP

PENYANYI

“Alhamdulillah, tahniah Usop dan Teha. Moga Saif Umar menjadi anak yang soleh.

“Tahniah Usop dan Teha. Selamat berpantang Teha. Semoga bayi membesar dengan sihat,” tulis netizen.

usop2 - 1

Usop dan isteri bernikah pada Februari lalu.

Terdahulu, Fatihah atau Teha memuat naik video di aplikasi TikTok memohon maaf kepada suaminya ketika menunggu masa kelahiran.

Untuk rekod, Usop dan Fatihah bernikah di Kompleks Darul Hidayah, Penaga, Pulau Pinang pada 4 Februari 2022.

Selepas dua bulan mendirikan rumah tangga Usop berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya sudah berbadan dua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit :  https://www.mstar.com.my/

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Usop dah jadi ayah! Isteri selamat bersalin bayi lelaki, pilih nama Muhamad Saif Umar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*