Laju buat kerja, Ebit Lew hadiahkan motor buat Minion viral undang sebak ramai

 

Tentu anda sudah menonton gelagat lucu seorang individu yang memakai maskot Minion di beberapa kawasan apabila orang ramai yang turut terhibur dengan gelagatnya telah merakam lalu tular di beberapa platform media sosial sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, gelagat mencuit hati maskot Minion itu membuatkan tidak kira peringkat usia terhibur.

Meskipun tiada siapa mengetahui identiti maskot Minion tersebut, saban hari ia mendapat sorotan ramai dan mempunyai peminat dek kerana kecomelannya.

@nurishak775 Sumpah Comellll 😂😂😂 #minionviralkuantan #miniontelukchempedak #mcd #pru15 ♬ original sound – AHMAD MUHAMMAD

Namun begitu, terbaharu nampaknya perasaan yang dahulunya terhibur ternyata mengundang sebak orang ramai apabila, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew menemui Minion viral itu untuk memberikannya hadiah. Lebih mencetuskan rasa sebak warganet juga apabila Ustaz Ebit Lew turut berkongsikan kisah adik disebalik maskot Minion itu yang baru berusia 19 tahun.

Ustaz Ebit Lew berkata bahawa adik ini dari Rompin dan bekerja membantu keluarga, dia juga menyewa bilik dengan kawan di Kuantan dan menghiburkan orang ramai bermula jam 5 petang sehingga 12 malam. Dia bekerja jalan kaki, naik bas dan berehat di Teluk Cempedak. Ustaz Ebit Lew juga dilihat sebak dengan kisah adik ini apabila niatnya untuk membantu keluarga.

@ustazebitlew Hadiahkan Motor Ego Avantiz pada Minion Teluk Cempedak Kuantan yang tular di tik tok. Sebak dengar kisah adik ni. Aksi lucu adik ni mengundang rasa sebak yang melihatnya di Tik tok. Setiap hari mencari rezeki jadi minion dari 5petang sampai 12 malam. Menghiburkan orang lain disana. Saya pernah pakai maskot sejam je dah rasa macam tak bernafas. Panas lagi. Hebat adik ni. Suka tengok anak muda kuat berusaha cari rezeki#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp#minion ♬ Jadi Kenangan – Syahriyadi

Kongsi Ebit Lew itu membuatkan juga peminat Minion viral tersebut menangis dan rata-ratanya juga bersyukur dengan bantuan motor diberikan itu.

‘Mesti dia terharu sangat-sangat’

MinionIMG_20221123_085325MinionIMG_20221123_085353IMG_20221123_085403

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit :  https://himpunanceritalawak.com/

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Laju buat kerja, Ebit Lew hadiahkan motor buat Minion viral undang sebak ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*