“Jika ia memusn4hkan kamu, itu bukan…” Baru je putus cinta, sekali penampilan terkini Janna Nick jadi bualan netizen

 

PETALING JAYA – “Jika ia memusn4hkan kamu, itu bukan cinta”.

Demikian perkongsian terbaru pelakon sensasi, Janna Nick yang agak lama tidak memuatnaik sebarang perkembangan terkini selepas dikatakan membawa hati lara akibat putus cinta.

Menerusi hantaran yang masih ditutup ruangan komen, pemilik nama sebenar Nurul Janna Muner itu seakan memberi bayangan gelora hubungan dengan kekasihnya, Dini  Schatzmann, bukan gimik.

Sudah berada di bumi Eropah sejak enam hari lalu, sebelum ini rata-rata pengikutnya menganggap percutian tersebut lebih kepada fasa ‘healing’ atau meraw4t lvka.

Menerusi hantaran lain di InstaStory, Janna, 27, turut menunjukkan suasana tenang di bilik hotelnya dengan disertai kapsen ringkas sebagai gambaran pendiriannya ketika ini.

Dalam titipan sama, aktres, penerbit dan pengarah yang kini dipercayai berada di sebuah bandar di Itali juga seolah-olah menyatakan pemergiannya secara sendirian, bukan ditemani sesiapa.

“Hanya saya, sendirian. Perjalanan solo hingga saya m4ti. Saya tidak memerlukan tangan sesiapa untuk berpaut,” tulisnya pada paparan video berlatarkan lagu berjudul Me, Myself & I dendangan Bebe Rexha.

Minggu lalu warga maya dikejutkan dengan spekulasi mengenai cinta Janna dan Dini yang terkandas selepas selebriti berusia 27 tahun itu memuatnaik status sudah ‘single’.

Penyanyi Gatal itu juga sudah tidak lagi mengikuti Instagram Dini, manakala di pihak aktor tersebut pula lebih selesa mengambil jalan mendiamkan diri.

Begitupun, sehari kemudian muncul kelibat kedua-duanya dalam video TikTok rakan artis, Alvin Chong hingga membuatkan warga net merasakan perkongsian awal dibuat Janna sekadar gimik.

Terdahulu, hubungan cinta antara Janna dan Dini mekar selepas terbabit dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang turut menjalani penggambaran di Itali.

Malah percintaan mereka juga tampak utuh apabila aktor berdar4h k4cukan Melayu-Switzerland itu sering menyatakan mahu mengukuhkan ekonomi dahulu sebelum menyunting Janna menjadi suri hatinya.

KOMEN NETIZEN :

Sumber/Kredit :– KOSMO! ONLINE

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://bartasangbad.site/

 

Be the first to comment on "“Jika ia memusn4hkan kamu, itu bukan…” Baru je putus cinta, sekali penampilan terkini Janna Nick jadi bualan netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*