“Tenaga saya sudah…” Sharifah Sakinah sahkan mahu cer4i, tak sangka ini puncanya!

 

PELAKON Sharifah Sakinah mengesahkan bakal berpisah dengan suaminya, Michael Hensen selepas memberi bayangan rumah tangga mereka sedang dilanda masalah.

Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, berkata, hubungan jarak jauh antara punca dia memilih untuk berpisah dengan Michael.

Dedahnya lagi, sepanjang tiga tahun bersama pemuda berasal dari Sweden itu, hubungan mereka sering dilanda badai malah dia juga berhasrat untuk tidak lagi berulang-alik dari Malaysia ke negara itu kerana ia memenatkan.

sakinah 2

Sakinah pilih jalan berpisah dengan suami.

“Ya, kami akan bercer4i dan akan menjalani kehidupan masing-masing selepas ini.

“Saya tidak mahu lagi menjalani hubungan jarak jauh kerana ia memenatkan. Tenaga saya sudah habis. Saya mahu gembira dan memberi fokus kepada kehidupan.

“Michael tidak boleh menetap di Malaysia kerana mempunyai komitmen kerja dan keluarga yang masih di bawah tanggungannya,” kata pelokon itu seperti dilaporkan Kosmo pada Sabtu.

Terdahulu, Sakinah mengejutkan peminat apabila memberi bayangan seolah-olah perkahwinannya dengan Michael sudah berakhir apabila membuat hantaran mengenainya di Instagram miliknya pada Khamis lalu.

Mengulas mengenai luahannya itu, Sakinah berkata, dia berbuat demikian agar tidak timbul salah faham jika dia dilihat bersama lelaki lain selepas ini.

Saya ada bercakap dengan Michael, jika dia ada berjumpa dengan wanita lain, teruskan

SHARIFAH SAKINAH

PELAKON

Malah, dia turut meminta Michael untuk meneruskan kehidupan termasuk bertemu dengan wanita lain sebagai pengganti dirinya.

“Saya ada bercakap dengan Michael, jika dia ada berjumpa dengan wanita lain, teruskan,” katanya.

Sakinah dan Michael berkahwin pada penghujung 2020 namun hanya berkongsi tentang perkahwinan mereka kepada umum pada Februari 2021.

sakinah 3

Sakinah bersama anaknya Anais.

Pelakon itu sebelum ini pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun pasangan itu bercer4i pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Manakala Michael pula mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber/Kredit : mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://bartasangbad.site/

 

Be the first to comment on "“Tenaga saya sudah…” Sharifah Sakinah sahkan mahu cer4i, tak sangka ini puncanya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*