“Laju-laju nak gi mana,” – [VIDEO] Jebat Jayden petah berzikir raih perhatian netizen

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja mencvri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengvsik ini.

Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan di tiktok @noornabila00.

Berdasarkan video yang tular di laman tiktok itu, Jebat Jayden dilihat sedang menaiki satu motosikal mainan sambil memakai topeng seperti dalam sebuah permainan video battle royale iaitu PUBG.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah gelagat Jebat Jayden yang selamba mengalunkan zikir Allahul Kafi, sambil memaki topeng tersebut. Walaupun apa yang disebut agak susah untuk difahami, namun kepetahannya berzikir rata-rata menarik minat netizen.

“Celah helmet pun boleh kalau nak berzikir,” tulis @noornabila00 di ruangan kapsyen.

Video:

@noornabila00 Celah helmet pun boleh kalau nak berzikir #jebatjayden #kidsoftiktok #fyp ♬ original sound – Noor Nabila

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 26.7k tontonan, 2.3k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Jebat Jayden.

Komen netizen:

 

Sumber: tiktok noornabila00

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.keramatviral.com/

 

Be the first to comment on "“Laju-laju nak gi mana,” – [VIDEO] Jebat Jayden petah berzikir raih perhatian netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*