“Kawan Baru Bilal Ke Ni?” – Cantik Betul Mata Aisywara Naelofa! Neelofa Pun Puji Anak MUA Bellaz

Anak keempat jurusolek terkenal MUA Bellaz yang baru berusia 10 hari, Nur Aisywara Naelofa mencurl tumpuan wargamaya dengan bentuk matanya yang sangat mempesona.

Foto anaknya itu dikongsi Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini menerusi satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Ahad.

“MasyaAllah segala puji bagi Allah. Tudia genap 10 hari, mama baru snap gambar dia buka mata haha. Adeh Aisywara Naelofa ui, tidak kerja lena ja. Hari ni dia pandai mai check kuning dia, dia buka mata luas,” tulis Bellaz.

Dalam pada itu, Bellaz turut memaklumkan kesihatan Aisywara yang terkena demam kuning kini di tahap semakin pulih.

“Alhamdulillah kuning Naelofa dan turun syukur. Luka czer mama pun takat la ni dah beransur pulih dah sikit alhamdulillah,” kata Bellaz.

Tambah istimewa, foto tersebut turut mendapat perhatian selebriti popular Noor Neelofa yang turut meninggalkan kata-kata pujian di ruangan komen.

“MasyaAllah kawan baru Bilal ke ni? Sama nama macam ummi dia,” ujar Lofa di ruangan komen.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji mata cantik anak Bellaz di dalam hantaran terbaharu itu.

Sekadar info, Aisywara dilahirkan pada 29 Julai yang lalu, yang juga turut berkongsi tarikh sama dengan cahaya mata ketiganya, Ean Yusoff.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://gempak.com/

Be the first to comment on "“Kawan Baru Bilal Ke Ni?” – Cantik Betul Mata Aisywara Naelofa! Neelofa Pun Puji Anak MUA Bellaz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*