Neelofa Akhirnya Kongsi Foto Muhammad Bilal Di IG

Hampir sembilan bulan melahirkan cahaya mata sulung, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa akhirnya mendedahkan wajah anak lelakinya di media sosial.

Menurut Neelofa, Bilal merupakan anugerah yang terindah buat dirinya dan suami, PU Riz. Sebagai ibu, Neelofa berdoa agar Bilal diberikan afiyyah dan fakih di dalam agama. Tambah Neelofa, dia berharap Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam.

Cinta dan sayang pada anakku Bilal. Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.

 

Bilal anak ummi sayang. Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibangdingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah. Jika keselesaan yang ditaruhkan. Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu. Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah. Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Terdahulu, kecoh di TikTok apabila seorang wanita ‘berani mati’ memuat naik wajah Muhammad Bilal. Ujar Neelofa, dia berasa sedih dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan wajah Bilal kepada umum. Tegas usahawan berumur 33 tahun itu, perbuatan tersebut langsung tidak menghormati perasaan dia dan suami.

Sumber: Neelofa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "Neelofa Akhirnya Kongsi Foto Muhammad Bilal Di IG"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*