Terima Mesej Tidak Beradab Selepas Muatnaik Foto Bersama Seorang Lelaki Di Facebook, Ashira Aziz Beri Penjelasan!

 

Penyanyi, Ashira Aziz tampil memeberi penjelasan selepas foto dirinya bersama seorang lelaki yang telah dikenali sejak dia berusia 14 tahun mendapat respon negatif oleh sesetengah pihak.

Terima Mesej Negatif Di Facebook

Menurut Ashira, dia menerima mesej di laman Facebook dengan kata-kata yang tidak beradab dan turut memintanya untuk ‘sedar diri’.

“Kerana foto ini yang saya post di FB awal bulan ini, saya selalu dapat ‘mesej layang’ minta saya ‘sedar diri dengan kata-kata yang tidak beradab’ not one not twice.

“Saya dah kenal dia ni masa saya umur 14 tahun haa bukan baru kenal ya pastu saya tergedik-gedik tak sedar diri. I’m not that kind of person until you can call me b**** and to be honest he is my first crush in my life.”-Jelas Ashira

“Minta Maaf Pada Yang Tak Berkenan..”

Dalam pada itu, penyanyi lagu Di Ombak Resah ini turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak “berkenan” melihat persahabatan mereka dan tentunya percaya akan perancangan Allah SWT.

“Minta maaf pada yang tak berkenan tengok kami berkawan. Bukan saya plan semua ni. Saya percaya perancangan Allah. Dia adalah sebaik-baik perancang.”-Jelas Ashira

via Instagram Ashira Aziz

Sekadar info, Ashira Aziz pernah mendirikan rumah tangga bersama anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Bad pada 11 Mac 2021. Namun, hubungan pasangan ini telah menemui titik noktah setelah membuat keputusan untuk berpisah pada Jun 2022 .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "Terima Mesej Tidak Beradab Selepas Muatnaik Foto Bersama Seorang Lelaki Di Facebook, Ashira Aziz Beri Penjelasan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*