“Cantiknya..”- Baru 6 Bulan Cer4i Dgn Suami, Penampilan Terkini Ellie Suriaty Jadi Perhatian, Mcm Anak Dara..

 

Rupa terkini Ellie Suriaty makin cantik dan menggoda, Azri Iskandar tergugat? Sejak beberapa bulan lalu, hangat diperkatakan apabila pelak0n Azri Iskandar mengesahkan bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera meskipunsudah  bercerrai dengan Ellie Suriaty.

Memetik Astr0 Gempak, meskipun sudah 19 tahun h1dup bersama, Ellie berkata keputusan untuk merujuk tiada dalam prinsip hidupnya dan t1dak kisah dengan apa yang dilakukan oleh bekas suaminya.AKTRES dan pengarah, Ellie Suriaty Omar berk0ngsi penceraiannya dengan suami, pelak0n Azri Iskandar dalam pr0siding Mahkamah Rendah Syaraah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur.

Menurut p0rtal Getaran, Pelak0n Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 itu telah memfailkan perm0h0nan cerrai ke atas suaminya, Azri sebelum Ramadan yang lalu. Menganggap soal cantik itu adalah subjektif, aktres, Ellie Suriaty, 53, bagaimanapun percaya, bakat sepatutnya menjadi keutamaan buat semua pengamal industri kreatif.

Kalau cakap cantik ke tidak, saya dulu pun pernah cantik masa muda muda, lawa! Tambah Ellie, dia tidak menghentam seseorang artis atau pelakon itu yang gemar ingin tampil cantik dan tampan kerana itu soal bagaimana mereka menjaga keterampilan dan kesihatan diri.

“Kalau dia jaga bab itu, ia sesuatu yang positif bagi saya. Tapi, kena ingat. Bila anda berjalan masuk ke dalam sebuah majlis hiburan, meski ramai orang cantik dan berpenampilan cantik, anda akan nampak yang outstanding adalah mereka yang kita tahu kualiti dan disiplin kerjanya.

Kuala Lumpur: “Setiap perkahwinan mestilah ada usaha dan tawakal. Selebihnya itu sudah tertulis. Bukan serah bulat-bulat. Kalau tak, tidaklah kami hidup bersama selama 19 tahun,” kata pelakon Ellie Suriaty Omar, 52, yang sah bercerai dengan suami yang juga pelakon, Azri Iskandar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini.

Ellie ketika dihubungi berkata, keputusan dibuat bukan dalam tempoh singkat sebaliknya dia dan Azri sudah memikirkan perkara itu sejak empat tahun lalu sebelum memfailkan perceraian pada 22 April lalu.

Malah, menurut Ellie apa yang berlaku juga tidak mengurangkan rasa hormat terhadap bekas suaminya itu.

“Apa yang berlaku juga sudah tertulis. Kami sudah bersama dalam tempoh yang panjang. Kami juga sudah lalui banyak perkara bersama dan bina keluarga. Saya berterima kasih pada dia. Kami berpisah pun dengan cara baik.

“Kami sangat matang dengan keputusan ini. Rasa Hormat saya tak berkurang pada dia. Saya menghormati dia sebagai bapa anak-anak kami, hormat dia sebagai pemain industri, hormat skil dan kreativitinya sebagai pelakon. Selebihnya itu adalah peribadi antara kami.

“Keputusan ini tentu sekali bukan masa singkat. Kalau singkat ia dipengaruhi oleh pemikiran singkat dan unsur-unsur negatif lain. Tapi kami ambil masa panjang untuk menilai iaitu dalam tiga ke empat tahun kebelakangan ini. Sudah cuba selamatkan  sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Ellie yang juga pengarah filem Penanggal berkata, selepas memfailkan perceraian dia meminta izin pada Azri untuk keluar rumah.

“Selama ini kami masih duduk bersama. Namun, selepas fail cerai, saya yang keluar rumah selepas minta izin daripada dia. Saya yang berasa tak hormat pada diri sendiri sebab sudah failkan perceraian. Nanti saya hipokrit pula.

“Kalau masih nak duduk serumah, saya tak boleh nak anggap macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya cakap terus terang untuk keluar rumah. Dia hormat dan faham keputusan saya. Saya tidak mahu. Kami cukup matang dalam perkara ini,” katanya.

Dalam masa sama, Ellie berkata, dia tidak menyalahkan bekas suaminya itu atas keputusan yang dibuat.

“Saya tak salahkan dia. Kami ada hubungan baik dengan anak-anak. Begitu juga saya dengan anak-anak tiri. Tidak ada istilah nak rebut harta dan anak-anak. Itu semua tidak menjadi isu,” katanya.

Ellie dan Azri berkahwin pada 2003, dan hasil perkahwinan selama 19 tahun itu, mereka dikurniakan dua anak, Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.ceritanetizen.com/

 

Be the first to comment on "“Cantiknya..”- Baru 6 Bulan Cer4i Dgn Suami, Penampilan Terkini Ellie Suriaty Jadi Perhatian, Mcm Anak Dara.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*