“Saya tak cantik, tak bergaya” – Sedar diri tiada pakej setanding penyanyi lain, Najwa Latif tolak sertai pertandingan nyanyian

 

PENYANYI yang telah lama tidak memunculkan diri atau bergerak aktif dalam industri seni pastinya akan disebut-sebut peminat untuk menyertai program Gegar Vaganza.

Apatah lagi, umum mengetahui pertandingan itu semenangnya cukup sinonim mengembalikan penyanyi lama dan berpengalaman ke televisyen sekaligus bersaing merebut gelaran juara.

Tidak hanya itu, platform berkenaan cukup baik untuk merancakkan kembali karier penyanyi yang sudah lama menyepi.

Bagi penyanyi Najwa Latif, dia mengakui sering mendapat pertanyaan sama daripada peminat apatah lagi dia kini dilihat menyepi daripada dunia hiburan ekoran sibuk dengan karier sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

Najwa Latif tidak akan masuk mana-mana pertandingan.

Najwa atau Imratul Najwa Latif, 27, bagaimanapun menjelaskan dia tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian kerana sedar akan kemampuan dirinya sebagai seorang penyanyi.

“Saya pernah menjawab soalan ini, saya akan jawab sekali lagi. Berkemungkinan besar saya tak masuk mana-mana pertandingan sebab saya tahu suara saya average (sederhana),” katanya.

Najwa yang popular menerusi lagi Cinta Muka Buku itu berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan peminat di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, tidak hanya berasa rendah diri tentang kekuatan vokal, Najwa memberitahu dia sedar pakejnya sebagai seorang penyanyi tidak sehebat artis ternama lain.

Perkara itu juga membuatkan dia sedar diri dan lebih senang dengan caranya yang tersendiri.

“Kalau tengok semua orang pun, pakej saya kalah jauh. Saya tak cantik macam penyanyi lain, saya tak bergaya. Saya tak pandai bergaul sangat.

“Kita sedar diri, baik kita tak payah (masuk)… buat hal kita sahaja,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

 

Be the first to comment on "“Saya tak cantik, tak bergaya” – Sedar diri tiada pakej setanding penyanyi lain, Najwa Latif tolak sertai pertandingan nyanyian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*