RM13k hilang macam tu je, sekali Dr Rafidah dedah arahan terbaru dari Gabenor Bank Negara

 

Sebelum ini melaporkan, Dr Rafidah menerusi Facebook mendedahkan beliau mengalami kerugian RM13,000 selepas tiga transaksi tidak sah dibuat menggunakan akaun simpanannya. Tanpa berselindung, beliau meluahkan kekecewaan terhadap tahap keselamatan CIMB yang terlalu mudah dibolosi. Berikut posting terbaru Dr Rafudah susulan kenyataan terbaru dari gabenor Bank Negara. “Selamat Tinggal CIMB. Terima kasih Bank Negara Malaysia (BNM) kerana sudah ORDER bank-bank mengetatkan sekuriti walaupun pada saya sepatutnya dah buat lama dah pun. Sudah pernah BNM menyarankan dahulu tapi ya lah, kali ini nampaknya kena eja satu persatu. Ada hikmah saya hilang RM13K yang satu sen pun saya diberitahu tidak akan dapat balik. 1, Saya tertekan pishing link ye betul tapi terkejut saya SEMUDAH ITU dia register device lagi satu. BNM dah suruh ketatkan, sila BUAT ASAP. Hanya SATU DEVICE sahaja BNM benarkan. Kan secara logiknya pun memang sepatutnya begitu. Contohnya macam Maybank: memang hanya register satu device sahaja untuk TAC dan cara dapat TAC lebih secure. Public Bank pun ketat-nak register device, kena ke kaunter Bank.

Apa susah sangat CIMB? Tak rasa tanggungjawab kepada duit rakyat ke? 2, Tiga transaksi pukul 2 pagi – satu SMS notifikasi selepas transaksi sampai ke telefon saya dan 2 lagi transaksi, notifikasi ke telefon lagi satu. Wah boleh pilih-pilih ya nak hantar notifikasi ke nombor mana. Macamana ya CIMB pilih? Sampai sekarang saya tidak dapat jawapan. BNM suruh disini-jika ada transaksi mencurigakan, kena ada mekanisme untuk alert dan BLOCK dulu. Telefon lah Tuan atau Puan punya akaun Itu dulu. Terima kasih BNM dan mohon ambil tindakan TEGAS kepada bank-bank yang tidak kisah pasal duit kita. Rafidah Abdullah. Duit bawah bantal sahaja sekarang. Maklumat terperinci kenyataan Gabenor BNM. Bank akan laksanakan lima langkah utama BNM untuk tangani penipuan kewangan. Tiga persatuan mewakili industri perbankan tempatan menyokong penuh lima langkah utama untuk memerangi penipuan kewangan seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Langkah-langkah penting itu diumumkan oleh gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos pada pelancaran Pameran jnyh Kewangan semalam (26 September). Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) berkata industri perbankan mengakui bahawa pelaksanaan langkah-langkah ini mungkin membawa perubahan dalam pengalaman perbankan dalam talian dan harapan pelanggan. “Urus niaga perbankan dalam talian mungkin akan mengambil tempoh yang lebih lama disebabkan langkah keselamatan dan semakan tambahan. “Sehubungan itu, kami memohon kesabaran dan pemahaman pelanggan mengenai kelewatan dan kesulitan yang dijangka akan berlaku apabila langkah ini dilaksanakan. Bagaimanapun, langkah-langkah adalah penting untuk keselamatan tambahan pelanggan bank,” katanya. Mereka juga berkata bahawa bank-bank juga komited untuk memastikan komunikasi yang betul dengan pelanggan berhubung dengan langkah di atas termasuk tarikh pelaksanaan untuk pelbagai langkah, sebarang perubahan kepada proses dan tindakan yang diperlukan oleh pelanggan dan pelbagai butiran lain untuk mendapatkan bantuan.

Lima langkah utama termasuk bertukar daripada penggunaan kata laluan satu kali SMS (OTP) kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat seperti melalui perisian pengesahan pelbagai faktor yang selamat atau token perkakasan untuk urus niaga tertentu. Urus niaga ini termasuk pemindahan dana dan pembayaran, perubahan maklumat peribadi dan tetapan akaun. Langkah lain termasuk mengetatkan peraturan pengesanan penipuan bank dan tindakan untuk menyekat urus niaga yang mencurigakan, pengesahan dan tempoh bertenang untuk pendaftaran kali pertama perkhidmatan e-perbankan atau peranti selamat serta mengehadkan pengesahan urus niaga perbankan elektronik kepada satu peranti mudah alih atau peranti selamat bagi setiap pemegang akaun.Akhir sekali, bank juga akan mempunyai saluran/talian aduan khusus yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu untuk pelanggan melaporkan insiden atau mensyaki berlaku penipuan, katanya.

Persatuan-persatuan bank itu juga mengingatkan pelanggan supaya sentiasa berwaspada pada setiap masa semasa melakukan urus niaga dalam talian termasuk mengikuti panduan keselamatan perbankan dalam talian. Mereka menggesa pelanggan untuk tidak memuat turun sebarang fail pemasangan (fail APK) pada peranti mereka dan hanya memuat turun aplikasi daripada gedung aplikasi tulen, memastikan imej dan/atau frasa keselamatan perbankan dalam talian mereka dipaparkan dengan betul pada skrin sebelum log masuk dan tidak klik pada pautan yang dihantar melalui mesej sembang seperti SMS, WhatsApp, Messenger atau perkhidmatan lain yang serupa. ABM, AIBIM dan ADFIM berkata mereka juga mengalu-alukan langkah untuk meningkatkan lagi Pusat Respons Scm Jabatan Siasatan Jenyh Komersil (CCID) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai platform perkongsian maklumat yang lebih sistematik, membolehkan tindakan lebih pantas untuk mengelakkan kerugian.

Pemegang akaun yang menghadapi urus niaga mencurigakan melibatkan akaun bank mereka dinasihatkan supaya memaklumkan bank mereka dengan segera, menghubungi Pusat Respons Penipuan CCID di talian 03-26101559/1599 dan membuat laporan polis untuk memudahkan siasatan. BERNAMA. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://erakini.bbn.my/

 

Be the first to comment on "RM13k hilang macam tu je, sekali Dr Rafidah dedah arahan terbaru dari Gabenor Bank Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*