Miera Leyana berkongsi khabar dukα,buat ramai orang turut simpati

 

PELAKON Miera Leyana berkongsi khabar dukα pemergian bapanya iaitu Datuk Seri Kasmi Mat Asrat yang meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pada pukul 11.06 malam, Selasa.

Miera menerusi satu kenyataan berkata, dia mewakili ahli keluarga memohon maaf kepada semua yang mengenali arwh bapanya dan mendoakan semoga Allahyarh4m ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Dengan rendah hati dan dukα cita, saya ingin maklumkan bahawa ayahanda kami telah kembali ke rahmatullah.

MIERA 2

Miera turut berkongsi khabar dukα tersebut di Instagram.

“Saya mewakili keluarga Allahyarh4m ingin menyampaikan permohonan maaf zahir batin dan mohon halalkan segala salah silap serta keterlanjuran kata serta perbuatan jika ada kepada semua yang mengenali sepanjang hidupnya.

“Mohon doakan agar segala dosanya diampunkan dan bakal ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di alam barzakh dan di akhirat nanti… Insya Allah,” katanya.

Sementara itu, menurut Miera, jenazah bapanya ketika ini berada di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Miera turut dilihat berkongsi semula ucapan takziah daripada rakan-rakannya di Instagram miliknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

 

Be the first to comment on "Miera Leyana berkongsi khabar dukα,buat ramai orang turut simpati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*