Biodata Siti Khadijah Halim, Pelakon Drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’

 

Pelakon semakin meningkat namanya, Siti Khadijah Halim membuktikan bakat lakonan yang ada padanya bukan calang-calang. Muncul dalam drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali, nama Siti Khadijah Halim mula dikenali ramai dan disebut-sebut.

Dalam drama ini pelakon wanita tersebut berlakon sebagai Aira disamping pelakon bernama Aniq Suhair dan beberapa pelakon lain. Untuk info, Sekali Lagi Cinta Kembali ini adalah drama adaptasi dari novel.

Jom kenali siapakah pelakon wanita yang semakin meningkat namanya dalam arena lakonan tanah air menerusi biodata Siti Khadijah Halim berikut.

Biodata Siti Khadijah Halim

NAMA PENUH: Siti Khadijah Binti Abdul Halim

NAMA POPULAR: Siti Khadijah Halim

UMUR: 25 tahun

TARIKH LAHIR: 27 Mac 1997

ASAL: Kuala Lumpur

PENDIDIKAN: Lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka

INSTAGRAM: sitikhadijahhalim

Kerjaya

Bermula sebagai seorang pelakon pada tahun 2019 dan sehingga kini masih aktif. Pada awal kemunculannya sebagai seorang pelakon, dia membintangi drama Rumah Siti Khadijah pada 2019. Dalam tahun yang sama, drama Dia Yang Ku Cinta turut dibintangi olehnya.

Dia kemudiannya berlakon dalam drama Bidadari Salju pada 2020 dan setahun selepas itu Siti Khadijah Halim membintagi drama The Maid. Tahun 2021 itu beberapa drama lain turut menampilkan dirinya iaitu Marry Me Senorita, Isolasi Erra dan Dukun Diva.

Untuk info, namanya semakin dikenali ramai selepas menjadi model muzik video lagu Bunga nyanyian kumpulan Masdo. malah sehingga kini Siti Khadijah Halim turut aktif dalam lakonan iklan komersial dan lain-lain.r

Dama adaptasi novel ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ karya Anna Milia akan mengisi slot Akasia TV3 iQIYI bermula 13 September 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama. Drama 28 episod terbitan A. Aida Production, diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan Aniq Suhair dan Siti Khadijah sebagai pelakon utama.

Sinopsis Sekali Lagi Cinta Kembali

Aira (Siti Khadijah Halim) adalah seorang gadis yang lantang bersuara tanpa berfikir dahulu. Selepas melakukan kesilapan mengambil alih tugas kaunselor secara tiba-tiba sewaktu ketiadaan Doktor Halina di pusat kaunseling, Aira secara tidak sengaja telah mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan Alisa (Izzendra) dan Zafran (Zaki Azeman) bercerai kerana nasihatnya. Oleh kerana Zafran terlalu marah, dia telah mendesak Aira untuk mengganti rugi keadaan itu dengan bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang pelupa dan mengidap penyakit jantung.

Sebaiknya bermula tugas menjaga Nek Som, adik kepada Zafran, Hayyat (Aniq Suhair) merasakan segala tindak tanduk Aira tidak kena di matanya. Namun, Aira tetap menjaga Nek Som dengan penuh kasih sayang. Kemuliaan hati Aira itu membuka mata Hayyat tanpa disedari, tetapi dek rahsia yang disimpan dia tekad tidak ingin membuka kunci hatinya kepada mana-mana perempuan.

Perasaan cinta mula berputik di hati Aira, dia yakin cinta Hayyat memang untuknya walaupun dia tidak menzahirkan perasaan cinta tersebut. Dapatkah Hayyat mengatasi kisah silamnya demi kasih kepada Aira? Apakah rahsia gelap Hayyat yang dirahsiakan dan membuatnya tekad untuk tidak bercinta lagi? Bolehkah Aira menerima kekurangan Hayyat dalam mencari bahagia mereka?

Sinopsis Novel Sekali Lagi Cinta Kembali

Hidup Aira cukup complicated. Dia lari dari rumah apabila Imran mengahwini Hana, adiknya. Prinsip Aira, lelaki ibarat virus. Jangan kasi can.

Aira gantikan tempat Doktor Halina selama dua jam sebagai therapist. Akibatnya, Zafran dan Amberlyn bercerai, Doktor Halina diugut dan Syafi bertarung dengan maut tanpa kasih seorang ibu. Terpaksalah Aira cuba perbaiki apa yang telah dia rosakkan.

“Kalau macam tu apa kata awak guna teori awak yang kononnya hebat tu untuk pujuk isteri saya. Boleh?” – Zafran

“Inilah yang saya cuba buat.” – Aira

Daripada pembantu Doktor Halina, Aira bekerja sebagai babysitter Syafi. Dia cuba satukan semula keluarga Zafran. Tapi di mata Hayyat, abang Zafran yang kerek lagi beku, Aira macam tikus membaiki labu. Hayyat selamba saja gelar Aira perempuan senget, sewel dan tiga suku.

Dalam mulut duk mengutuk, hati mula sukalah pula!

“I offer you love and loyalty and I expect the same in return.” – Hayyat

Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa.

Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

kredit:hcl

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : http://limauasamboi.pw/

 

Be the first to comment on "Biodata Siti Khadijah Halim, Pelakon Drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*