[VIDEO] Syafiqah Aina Lepas Pantang ‘Maintain’ Cantik, Ramai Komen Cembvru!

 

Usahawan, model dan bintang media sosial, Syafiqah Aina ini sememangnya memiliki barisan pengikutnya tersendiri. Wanita yang turut menjadi idola ramai ini juga sering mencuri tumpuan ramai di sosial media dengan perkongsian pelbagai video oleh suaminya, Hafiz Mahamad.

Bukan sahaja berkongsikan hal berkenaan perniagaan mereka malah kisah yang memberikan inspirasi. Baru-baru ini satu perkongsian dengan rakaman yang dimuat naik oleh Syafiqah Aina lepas pantang telah menjadi bualan ramai.

Dalam rakaman tersebut Syafiqah Aina menulis, ‘selepas 9 bulan mengandung dan 44 hari berpantang serta uruskan anak, kini adalah masa untuk kembali’.

Malah Syafiqah Aina turut memberikan inspirasi kepada wanita di luar sana supaya menjadi berdikari dan mampu uruskan anak sambil mengejar impian. Berikut adalah perkongsian video Syafiqah Aina lepas pantang ini:

@syafiqahainaofficial

Selepas 9 bulan mengandung, 44hari berpantang, now its time to come back! Lepas ada anak, langsung tak ada masa nak fikir pasal diri sendiri Mommies, you’re amazing! Kena tahu tu. Kita mampu buat banyak benda dalam satu masa Kita uruskan rumah, jaga anak, sediakan susu, makan & keperluan anak, sambil bekerja pun kita boleh buat semua tu, takan nak bersiap untuk diri sendiri kita tak boleh buat kan? It’s the time to come back! Bahagi sikit masa untuk diri sendiri & love yourself before others k. Fill yourself up so that you can give more to others 💪

♬ HOLD ON X AKU SUGEST – ♔[MFツPRØÑÖÛŃĐ]™

Perkongsian video ini telah memaparkan transformasi usahawan idola ramai dari dalam pantang dan kini tampil lebih berkeyakinan. Perubahan Syafiqah Aina ini telah membuatkan ramai teruja dengan kecantikannya.

Apatah lagi penampilan Syafiqah Aina nampak tidak berubah dari gayanya ketika beberapa tahun sebelumnya. Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji, teruja dan cemburu dengan kecantikan Syafiqah Aina ini. Berikut antara yang diluahkan netizen dan ditinggalkan di ruangan tersebut:

“Sumpah cantik gila akak bila tengok depan2”

Screenshot at Sep 27 09-49-26

“Bagus akak Aina jaga penampilan lepas mengandung. Baru lah nampak berseri”

Screenshot at Sep 27 09-49-08

“First kena ada duit, second kena ada perfect husband. Third kena ada bibik. Baru la ada masa nak melawa dan kurag stress huhuhu”

Screenshot at Sep 27 09-48-52

“Ya Allah cantik betul isteri Hafiz Mahamad ni”

Screenshot at Sep 27 09-48-25

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Syafiqah Aina Lepas Pantang ‘Maintain’ Cantik, Ramai Komen Cembvru!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*