“Kejap, Betul Ke Ni?”-Terima Ucapan Tahniah Selepas Upload Gambar Kahwin, Daler Yusof Balas Terima Kasih

Foto aktor Daler Yusof yang lengkap berbaju nikah bersama seorang wanita menjadi tanda tanya peminat.

Foto yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya itu mendapat perhatian warga maya apabila rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya.

Selain ucapan tahniah, tidak kurang juga meragui dan mendakwa foto itu merupakan gambar yang diambil untuk sesi fotografi dirinya sebagai model yang memperagakan busana pengantin.

“Selamat pengantin baru. Alhamdulilah tahniah,” ucap salah seorang pengikutnya.

“Jap betul ke ni? Tahniah bro,” tanya salah seorang netizen.

“Photoshoot je ni. Pergi tengok di IG busana kahwin itu,” kata salah seorang warga maya.

Sementara itu, Daler yang hanya memuat naik emoji pengantin serta mengangkat kedua-dua tangan tanda syukur itu tidak berdiam diri.

Malah dalam salah satu komen yang memberi ucapan tahniah Daler telah tampil membalas dengan ucapan terima kasih.

“Terima kasih,” tulisnya.

Dalam pada itu, Gempak turut meninjau ke akaun IG busana pengantin yang disertakan dalam gambar itu dan mendapati foto berkenaan menjadi salah satu untuk promosi busana pengantin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Daler Yusuf (@daleryusuf)

komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: https://gempak.com/

Be the first to comment on "“Kejap, Betul Ke Ni?”-Terima Ucapan Tahniah Selepas Upload Gambar Kahwin, Daler Yusof Balas Terima Kasih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*