Bukanlah pertama kali gosip mengenai hubungan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu dan Wan Sharmila diperkatakan. Malah terdahulu, Wan Sharmila pernah menepis menjawab pertanyaan tersebut.
Walau bagaimanapun, terbaharu satu muat naik video yang memaparkan Wan Sharmila bersama anak-anak Shuib Sepahtu iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan anak bongsunya, Ayash Affan nampaknya sekali lagi pelakon 7 Hari Mencintaiku ini menjadi bualan netizen.
View this post on Instagram
Dalam muat naik dikongsikan ini menunjukkan Wan Sharmila disambut gembira ketika berada di kereta oleh anak-anak Shuib tersebut sehingga berlari dan memeluknya sejurus melihat pelakon jelita itu. Menyaksikan mereka yang mesra dengan Wan Sharmila di satu majlis membuatkan netizen juga siap mendoakan kebahagiaan mereka jika bakal berjodoh.
Video berkenaan mahupun menimbulkan pelbagai tekaan buat peminat apatah lagi ramai pihak mula membuat pelbagai andaian jika Shuib dilihat dekat dengan mana-mana selebriti.
Dalam pada itu, ibu Shuib Sepahtu juga dilihat mesra dengan Wan Sharmila sehinggakan video tersebut juga mencuri ribuan tumpuan warganet di TikTok dan video terbabit turut ditinggalkan ribuan tanda suka.
Manakala melihatkan kegembiraan ibu Shuib Sepahtu dengan Wan Sharmila dalam video berdurasi 50 saat itu juga membuatkan peminat turut senang.
“Paling sepadan…”
“Doa yang baik baik…”
“Kenapa rasa sebak tengok ni”
“Cantik dan nampak penyayang…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media
Sumber : https://himpunanceritalawak.com/
Be the first to comment on "Video Wan Sharmila bersama anak2 & ibu Shuib jadi tumpuan, “Sopan sangat Lala ni…”"