Temu Bual Isu Lif Rosak, Komen ‘Win’ Dari Mak Cik Ini Pula Jadi Perhatian

 

Bagi penduduk di kawasan flat, masalah infrastruktur seperti isu lif yang sering kali rosak antara masalah yang selalu terjadi. Macam video yang dikongsikan ini di mana sedutan dari rakaman temu bual penduduk flat ini yang menjadi bualan ramai di media sosial.

Semuanya gara-gara komen ‘win’ dari seorang mak cik yang juga merupakan penduduk di flat tersebut. Malah video yang dikongsikan ini juga menerima lebih sejuta tontonan tidak sampai sehari ianya dikongsikan di Tik Tok.

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan sedutan rakaman temu bual berita TV3 yang memaparkan isu masalah lif rosak di kawasan flat tersebut. Difahamkan, masalah lif rosak itu terjadi di PPR Kempas Rampai di mana ianya telah mengganggu kehidupan seharian penduduk di sana.

@akramhalib12 #tv3 #makcikpetir #makcikhebat #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia ♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi

Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah komen daripada mak cik tersebut yang mengalami kesukaran apabila terpaksa bergantung pada kaki palsu yang dipakainya untuk berjalan. Menurutnya, masalah lif rosak itu telah menyebabkan dia berada dalam kesakitan yang luar biasa hampir setiap hari gara-gara masalah tersebut.

“Saya memang dah tak boleh tahan sebab saya kaki palsu. Bila saya buka kaki saya, bukan kaki saya yang ada ni sakit, kaki saya yang kat kubur tu yang sakit.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen baru tahu mengenai sakit yang dialaminya ini iaitu Phantom Limb yang selalu dialami mereka yang telah kehilangan anggota badan. Difahamkan, mereka masih akan tetap merasai sakit pada bahagian anggota kaki atau tangan yang telah pun dipotong walaupun anggota badan tersebut telah pun tiada.

“Phantom limb tu wujud. Pesakit yang dipotong kaki akan rasa sakit lepas kaki mereka dipotong. Macam ada rasa kaki lagi even dah takde.”

mak cik

“Mak cik ni dah lama tunggu wartawan interview dia.”

lif

“Aku mula tak paham apa mak cik ni cakap tapi pas baca komen-komen ilmiah dalam ni, rupanya dia dalam kesakitan.”

temu bual

“Benda ni betul, abang saya kaki sebelah dekat kubur. Dia kadang rasa kaki dia macam kena gigit semut.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Temu Bual Isu Lif Rosak, Komen ‘Win’ Dari Mak Cik Ini Pula Jadi Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*