‘Saya Lebih Kec3wa Dengan Diri Sendiri …’ – Caprice Mengaku Isteri Belum Lagi Bertudung

Pada Julai lalu, penyanyi rap Caprice berkongsi rasa gembira apabila isteri tercinta, Farra Inalis tampil dengan imej baharu iaitu mengenakan tudung.

Bagaimanapun, tindakan Farra memuat naik foto tidak bertudung telah menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet sehinggakan ada yang melemparkan kata kesat.

Tidak melatah dengan komen ‘pedas’ itu, Farra memohon agar indvidu terbabit bertenang dan tidak memperbesarkan isu terbabit.

Kecoh-kecoh nak ke mana? Kalau rasa tak relaks meh nak belanja kopi. Tapi ambil yang sejuk nak sejukkan hati yang panas tu.

Sementara itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menjawab soalan netizen di Instagram Stories, baru-baru ini.

Ditanya sama ada isterinya sudah berhijab, pelantun lagu Lenglui ini menyatakan dia sudah memainkan peranan sebagai suami namun belum kekal sepenuhnya.

Saya cuba yang terbaik tetapi ia tak kekal lagi. Saya lebih kec4wa dengan diri saya sendiri kerana saya tidak berjaya.

Pada 15 November 2021, Caprice selamat mendirikan rumah tangga dengan pemilik nama Farra Inalis Hussni yang merupakan ibu tunggal anak satu, Aleesya Sofea yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Instagram @capricedaddycap & @farra_inalis

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "‘Saya Lebih Kec3wa Dengan Diri Sendiri …’ – Caprice Mengaku Isteri Belum Lagi Bertudung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*