Dilihat Memandu Kereta, Netizen Persoal Haqiem Stopa Sudah Ada Lesen Atau Belum

 

Ikon permotoran belia adalah gelaran yang diberikan kepada Haqiem Stopa, seorang pemuda yang mempunyai pengikutnya yang tersendiri di Tik Tok. Namun namanya sering kali terpalit dengan pelbagai kontroversi semenjak dia diberikan gelaran sebagai ikon beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, Haqiem Stopa pernah menjadi bualan ramai apabila dia disaman oleh pihak berkuasa gara-gara memandu kereta tanpa lesen memandu yang sah. Malah semenjak kejadian itu, ramai yang kembali mempersoalkan sama ada pemuda itu layak menerima gelaran ikon permotoran belia ini.

Baru-baru ini pula, perkongsian dari pemuda itu sekali lagi menarik perhatian netizen di mana dia dilihat sedang memandu kereta Nisan GT-R menerusi rakaman IG Story rakannya. Belum lagi reda isu tiada lesen memandunya itu, pemuda tersebut dilihat kembali memandu kereta menyebabkan ramai yang tertanya-tanya status lesen memandu pemuda itu.

Tindakannya yang memandu kereta itu membuatkan ramai mempersoalkan sama ada pemuda itu sudah mempunyai lesen memandu yang sah ataupun belum. Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada kereta yang dipandunya adalah miliknya atau bukan, netizen mahukan kepastian sekiranya pemuda itu memandu tanpa lesen memandu seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka melihat video yang dikongsikan ini. Malah ada juga yang cuba bersangka baik mungkin juga pemuda itu sudah selesai mengambil lesen memandu selepas apa yang berlaku itu.

“Lesen dah settle ka. Laju eh keja. Bawah meja ka lesen.”

haqiem

“Benda paling basic, lesen. Kalau tu takde dia bawak bugatti chiron pun aku tak heran…”

ikon

“Owner tu nanti kena saman lah bagi orang takde lesen bawak kereta ye.”

lesen

“Ini kalau takde lesen lagi tetiba, ish tak mintak tapi tu lah…”

memandu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Dilihat Memandu Kereta, Netizen Persoal Haqiem Stopa Sudah Ada Lesen Atau Belum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*