Dua pilot pelatih ‘buat hal’ pada hari tamat latihan, terbangkan pesawat ke P.Pinang demi tapau nasi kandar

 

BUKAN biasa-biasa.

Begitulah kata-kata sesuai bagi menggambarkan kisah di sebalik rakaman tular mengenai dua jejaka yang menerbangkan pesawat ke Pulau Pinang semata-mata untuk membeli nasi kandar.

Berkongsi cerita kepada mStar, Muhammad Faizal Ibrahim, 21, memperincikan kisah di sebalik perancangan yang dibuat bersama rakannya, Muhammas Muqhriz Nazri, 25, sebelum menamatkan latihan di HM Aerospace, Langkawi, Kedah yang disertai sejak 5 Disember 2018.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

“Sehari sebelum tu kami dah periksa jadual, kebetulan kami berdua dapat terbang bersama untuk flight esoknya (24 Mac 2022). Flight tu pula perjalanan terakhir saya dan Muqhriz untuk menamatkan training kami selepas lima peperiksaan percubaan untuk latihan penerbangan sepanjang 18 bulan.

“Jadi untuk penerbangan terakhir ni, Muqhriz bagi idea supaya trip ni jadi memorable dan tersemat di hati sampai bila-bila. Jadi dia cakap dekat saya ‘Wey jom esok makan nasi kandar dekat Penang nak?‘. Kami pun bersepakat dan setuju dengan cadangan tu. Lepas call beritahu kapten, dia pun cakap okay saja sebab last flight.

“Kami isi borang flight plan dan buat paperwork hari tu, jadi petang hari sama terus hantar semua dokumen kepada air traffic controller (ATC) dekat Langkawi dan emel flight plan kami dekat ATC Penang. Jadi ATC bagi arahan untuk maklumkan dekat semua kapal terbang di lapangan terbang,” katanya.

Menurut Faizal yang merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik, dia dan rakannya berlepas ke Pulau Pinang untuk membeli nasi kandar yang sememangnya terkenal iaitu Nasi Kandar Beratur 786.

Faizal yang belajar di HM Aerospace di Langkawi, berkata pada tarikh 24 April itu dia bertindak mengendalikan kapal terbang tersebut bersama Muqhriz serta diiringi ketua yang mengiringi perjalanan mereka.

“Pagi tu saya dan Muqhriz pergi ke airport tapi tak terlalu berharap sebab takut perjalanan dibatalkan sebab cuaca tapi nasib baik hari tu cerah saja tak hujan. Masa dalam perjalanan ke Penang, saya jadi pemandu dengan kapten tapi Muqhriz duduk belakang saja. Selama kami training kapten memang tegas kena ikut SOP tapi masa trip tu dia suruh relax. Jadi kami cuma rakam video sampailah kapten take-off kapal tu ke auto pilot sampai ke destinasi.

Selepas mendapat kelulusan, dua orang pilot pelatih terbang ke Pulau Pinang diiringi Kapten naveed Abdullah.

“Biasanya instructor suka bagi kejutan masa tengah terbang. Contohnya tiba-tiba tutup enjin jadi dia nak tengok saya buat exercise emergency procedure. Masa perjalanan ke Penang tu, disebabkan ni flight terakhir, saya pun balas balik. Masa dia tengah fokus memandu dan bercakap dengan control tower tu, saya terus tutup enjin sebelah. Kapten gelabah sampai dia teruskan buat prosedur.

“Bila kami sudah hampir sampai di Penang, saya tutup auto pilot dan kendali kapal terbang untuk mendarat secara manual. Landing tersebut merupakan pendaratan terakhir saya dekat landasan Pulau Pinang. Lepas mendarat tu kami terus jalan dalam kesesakan orang ramai dengan penuh confident sebab tengah pakai baju seragam padahal masih pangkat student lagi,” ujarnya.

Setelah tiba di kedai nasi kandar menaiki kenderaan e-hailling, mereka membeli tujuh bungkus nasi kandar yang ditempah oleh rakan-rakan lain yang berada di Langkawi.

Tambah Faizal yang berasal dari Shah Alam, Selangor, mereka turut mengambil peluang untuk berjalan di beberapa kawasan menarik di Pulau Pinang yang merupakan lokasi tumpuan pelancong untuk bercuti.

Menurutnya lagi, setelah hajat terakhir ini ditunaikan, mereka pulang semula ke Langkawi dengan mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan yang dikendalikan oleh Muqhriz.

Antara gambar yang diambil sebagai kenangan sebelum menamatkan latihan di HM Aerospace, Langkawi, Kedah.

Dalam pada itu, Faizal sempat mengimbas kembali bagaimana dia berjaya memasuki sekolah HMA yang terletak di Langkawi ini.

“Lepas habis je flight terakhir setelah tiba semula di Langkawi, kami ambil beberapa keping gambar sebangai kenangan dan terus balik ke tempat hangar student room untuk nikmati nasi kandar dari Penang. Feeling lepas berlapar tak makan sebab flight memang nikmat tak terkata, macam pergi ke alam lain. Ini antara pengalaman paling best saya alami sejak masuk ke tempat ni.

“Dulu tahun 2018, masa awal-awal lepas keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya memang tak terfikir nak jadi pilot sebab rabun. Saya fikir nak masuk UM (Univerisiti Malaya), tapi ada rezeki dapat UIA (Universiti Islam Antarabangsa. Rupanya baru tahu kalau pakai cermin mata boleh saja nak jadi pilot. Saya terus cari flight school dan tengok harga kos pengajian sampai luar negara.

Faizal telah berjaya menamatkan training selepas lima peperiksaan percubaan untuk latihan penerbangan sepanjang 18 bulan.

“Sampai satu hari tu, dapat info yang Malaysia Airlines ada buka cadet programme jadi saya pun buat permohonan. Lepas berjaya dengan semua ujian saringan, saya berjaya masuk ke sekolah tu. Semua ujian tu makan masa lebih kurang dua hingga tiga bulan. Saya ulang alik dari UIA ke Subang beberapa minggu tu. Dalam 14,000 orang mohon, saya dan 14 orang pelajar lain saja terpilih. Saya sangat bersyukur berpeluang menyertai program ni,” katanya.

Berikutan perkongsian yang menjadi tular, rata-rata netizen menunjukkan rasa teruja mereka melihat video Faizal yang terbang ke Pulau Pinang semata-mata untuk membeli nasi kandar.

Dalam pada itu, Faizal turut menitipkan pesanan khusunya kepada anak muda yang mempunyai sebarang keraguan dalam mengejar impian mereka.

Ujarnya, dia percaya sesiapa sahaja mempunyai kebolehan untuk menggapai cita-cita dengan meneruskan perjuangan tanpa putus asa.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Mstar

 

Be the first to comment on "Dua pilot pelatih ‘buat hal’ pada hari tamat latihan, terbangkan pesawat ke P.Pinang demi tapau nasi kandar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*