Sheera Iskandar selamat timang anak perempuan

 

PELAKON Sheera Iskandar selamat melahirkan anak perempuan pertama pada Ahad lalu pukul 7.31 malam di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berita tersebut dikongsi oleh suami kepada Sheera iaitu Mohd Halim Abdul Gani menerusi satu hantaran di media sosial miliknya.

“Alhamdulillah… isteri saya selamat melahirkan puteri kami pada 22 Mei 2022 pukul 7.31 malam.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Tengku Sheera Tengku Iskandar (@sheeraiskandar)

“Jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan,” ujarnya.

Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra berkongsi berita kehamilan anak pertama mereka setelah usia kandungan memasuki trimester ketiga.

sheera iskandar 3

Sheera dikurniakan cahaya mata selepas setahun berkahwin.

Dalam satu hantaran pada minggu lalu, anak kepada aktres Aznah Hamid ini dilihat berkongsi foto terlibat dengan penggambaran drama Gerak Khas Undercover ketika awal kehamilan.

Untuk rekod Sheera dan suami mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2021.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Sheera selepas bercerai dengan Abdullah Harun pada hujung 2018.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

 

Be the first to comment on "Sheera Iskandar selamat timang anak perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*