“Shakabom” – Next Level Punya TikTok! Tapi Ramai Minta Mamat Tegur Datuk Siti? Berani Ke?

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza membuatkan ramai ‘terkesima’ apabila melakukan tarian TikTok yang boleh dikatakan sebagai ‘next level’.

Menerusi posting terbaru di akaun rasminya itu, Siti dilihat melakukan tarian ‘Shakabom’ bersama peminat-peminatnya yang hadir pada majlis Portluck Sitizone 2022, semalam.

Paling mengagumkan, tarian itu dilakukan dalam skala besar membabitkan jumlah individu yang lebih ramai.

Susulan itu, ramai yang menganggap video berkenaan sebagai next level!

Namun, di sebalik kekaguman itu, ada yang bergurau meminta TikTokers terkenal Mamat untuk menegur penyanyi kesayangan ramai itu apabila ada beberapa ‘step’ yang salah.

“Ha Mamat kalau berani tegur la”

“Mamat berani tak nak tegur, penyanyi nombor satu tu”.

“Okay aku tunggu video dari Mamat,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, Mamat atau nama akaunnya @mamatgotnochill mula terkenal di platform Tiktok apabila dia sering menegur kesalahan pengguna lain.

Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber:  https://gempak.com/

Be the first to comment on "“Shakabom” – Next Level Punya TikTok! Tapi Ramai Minta Mamat Tegur Datuk Siti? Berani Ke?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*