“Kalau Saya Tert0nggeng Kat Rumah Nangls Dengan Anak-Anak, Netizen Tak Datang Ketuk Pintu” – Shuib

Pelawak dan usahawan popular, Shuib Sepahtu mengakui sukar untuk ‘move on’ sungguhpun arwh isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin sudah pergi menghadap Ilahi sembilan bulan lalu.

Menurut Shuib, sungguhpun perasaan mengingati arwh isterinya ada pasang surut, namun, rasa kehilangan masih lagi berbekas dalam hati, seolah-olah Sarah baru sahaja pergi meninggalkan dirinya.

“Turun naik itu ada… Ada masa kita kuat, bangun pagi rasa best je. Macam waktu saya balik kampung haritu. Dada rasa lapang dan happy tengok anak-anak berpuasa di sana. Dalam masa sama, saya ajak juga kawan-kawan di Kuala Lumpur untuk sama-sama berbuka puasa di sana.

“Semuanya ok, semuanya happy. Tapi, bila saya balik semula ke sini, langkah ke pintu rumah tu, dia jadi auto ingat pada arwh. Semua datang macam mana first day (kehilangan) dulu. Mungkin begitulah… Ada masa ok, ada masa tak ok. Bila kita teringat dekat dia, kita baca dan sedekah Al-Fatihah dan kita mengaji untuk dia.

“Saya tak reti nak cakap move on tu macam mana. Padahal dah sembilan bulan. So, lalu jelah, insya-Allah mesti ok nanti,” katanya kepada Gempak.

Shuib ditemui pada majlis buka puasa Indigital yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur malam semalam.

Dalam pada itu, dia cuba juga untuk menerima suratan yang telah ditentukan kerana tidak mahu terus hanyut dibawa perasaan.

“Ikhtiar sendiri juga untuk lalui semua ini. Memang saya akui terbawa-bawa, takut terlarut dalam rindu… sedangkan perjalanan anak-anak masih jauh. Tanggungjawab saya pada mereka besar. Jadi, bagi saya, baik saya tidak terus layan perasaan dan beri perhatian penuh pada anak-anak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Shuib memberitahu yang dia tidak mahu memikirkan kritikan atau tohmahan netizen tentang dia dan anak-anaknya.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa pun. Apa yang kita pegang, apa yang kita tahu dan rasa, kita jalan sahaja… nak fikirkan orang apa pun tak boleh. Kalau saya tertonggeng kat rumah nangis dengan anak-anak, netizen tak datang ketuk pintu saya,” tutup Shuib.

Untuk rekod, allahyarham Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti vlrus COVlD-19.

video:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://gempak.com/

Be the first to comment on "“Kalau Saya Tert0nggeng Kat Rumah Nangls Dengan Anak-Anak, Netizen Tak Datang Ketuk Pintu” – Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*