Usop Belanja Suara Nyanyi Lagu Viral, “Meremang Oii Dengar Dia Nyanyi”

 

Penyanyi dikenali dengan nama Usop antara yang memiliki suara cukup padu. Usop atau nama penuhnya Muhammad Saiful Naim bin Muhammad Noor juga cukup sinonim dengan kemerduan suara dan personalitinya yang mudah didekati.

Baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Usop belanja suara nyanyi lagu viral telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut kelihatan Usop bersama tunangnya, Nur Fatihah Md Hashim di dalam kereta.

Lagu viral yang dinyanyikan oleh Usop adalah nyanyian asal penyanyi dari seberang ST12 berjudul Kepingan Hati. Memang mendayu-dayu sungguh mendengarkannya. Berikut adalah perkongsian rakaman Usop belanja suara nyanyi lagu viral ini:

Video tersebut telah dimuat naik oleh tunangnya sendiri menerusi akaun TikTok dengan nama akaun teharicher. Rakaman yang memaparkan pasangan ini dengan nyanyian Usop itu telah meraih hampir sejuta tontonan dan 61 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Saheh tengah jam keta nih..Macam dengan aku..apa lagi nyanyi lah”

Usop Belanja Suara 4

“Kalo macam ni naik kete dah tak yah buka radio”

Usop Belanja Suara 3

“Sedap suara Usop…Ape2 pun semoga korang bahagia hingga ke jannah…Amin”

Usop Belanja Suara 2

“Kalau Usop yang nyanyi lagu orang lain kalah tuan badan. Hehe sebab tu bakat yang Allah kurniakan pada dia”

Usop Belanja Suara 1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Usop Belanja Suara Nyanyi Lagu Viral, “Meremang Oii Dengar Dia Nyanyi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*