“Macam Betul-Betul Anak Beranak” – Netizen Tak Sabar Menantikan Gandingan Nabila Huda & Ellie Suriaty

 

Umum mengetahui pelakon Nabila Huda dan Ellie Suriaty sedang sibuk menjalani penggambaran filem Telaga Suriram.

Justeru, tidak hairanlah jika Nabila kerap memuat naik gambar-gambar belakang tabir sewaktu sesi penggambaran filem berkenaan berlangsung.

Ada sekeping gambar yang menyo.rot perhatian netizen, iaitu gambar Nabila memeluk Ellie daripada belakang sambil Ellie kelihatan meme.gang sabit.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Nabila Huda (@kupu_kupu)

Menerusi ruangan kapsyen, Nabila menulis: “Itu mak Maimon, Tijah,” tulisnya.

Sungguhpun hanya sekeping gambar bersama Ellie Suriaty yang dikongsikan, namun, ramai yang sudah tidak sabar menan.tikan lakonan mereka di layar le.bar.

“Hebat jurumekap ni. Memang nampak macam betul-betul anak beranak ni,” ujar seorang pengikut Nabila.

“Kalau Kak Ellie berlakon memang the real one. Tak Sabar nak tengok,” kata seorang pengguna Instagram.

“Ini dua org kalau belakon sekali memang mantap,” kata seorang lagi peminat.

Mengimbau kembali, Nabila menerusi temu bual sebelum ini berkata, dia berasa sangat teruja membawakan watak Maimon yang bisu sejak lahir.

Menurut Nabila, dialognya juga tidak banyak dan dia memang menantikan watak-watak sebegini.

Sementara itu, selain memegang watak ibu kepada Maimon, Ellie Suriaty turut menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih lakonan bagi filem berkenaan.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Nabila Huda (@kupu_kupu)

Menurut Ellie, dia berasa teruja untuk mengemudi lakonan pelakon-pelakon dalam filem tersebut kerana barisan pemain yang terlibat semuanya hebat-hebat.

Untuk rekod, Nabila Huda pernah dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Munafik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Jalan Kembali: Bohsia 2 dan Makrifat Cinta sementara Ellie Suriaty pula dianugerahkan Pengarah Harapan menerusi filem Penanggal.

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment on "“Macam Betul-Betul Anak Beranak” – Netizen Tak Sabar Menantikan Gandingan Nabila Huda & Ellie Suriaty"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*