Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan Berbanding Pelakon

 

Selebriti dan usahawan, Zarina Anjoulie tampil berkongsi perkembangan terbaharu mengenai dirinya selepas dikatakan sudah lama tidak menerima tawaran berlakon daripada mana-mana produksi.

Pendapatan Sebagai Influencer Lebih Berganda 

Menerusi posting di Instagram, Zarina mendedahkan bahawa pendapatannya sebagai pengamal media sosial lebih lumayan berbanding dirinya bergelar seorang pelakon.

“Anju dah lama tak berlakon dah takde job ke takde offer sebab kontoversi. Sentiasa ada je offer berlakon tu ada tapi kalau kerja saya sekarang sebagai influencer jauh lebih berganda dan boleh santai.”- dedah Zarina

Akui Rindu Untuk Berlakon

Tambah Zarina lagi, dia akui berasa rindu untuk berlakon namun tidak sanggup untuk menjalani penggambaran seperti dahulu.

“Gaji shooting seminggu aku boleh buat dalam 2 hari review kat rumah buat apa aku nak susah payah gi shooting sampai pagi buta tinggalkan anak just for some chump change.

Umur aku dah 35 confirm-confirm la aku kejar duit dulu glamour kemudian. Do i miss acting? Yes..tapi tak sanggup lagi nak gi shooting macam zaman dulu”-katanya

Di akhir penjelasannya, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju memberitahu  dia turut mendapat pelbagai tawaran untuk berlakon namun terpaksa menolaknya kerana bayaran yang diberi tidak berbaloi selain lokasi penggambaran  dijalankan di luar kawasan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan Berbanding Pelakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*