Reaksi Wanita Kena Prank Emas Terbang Bikin Terhibur, “Dah Terguling Member…”

 

Bagi meraikan ulang tahun insan yang tersayang, ada yang suka melakukan kejutan seperti memberikan hadiah istimewa kepada mereka. Sama juga seperti situasi yang dikongsikan ini tentang kejutan si suami kepada isterinya namun lain pula yang berlaku akhirnya.

Semuanya gara-gara prank yang dilakukan suami di mana belon tersebut terbang bersama-sama hadiah yang ingin diberikan. Malah reaksi panik dari wanita itu turut membuatkan netizen berdekah melihatnya apabila dia siap mengejar belon tersebut akhirnya.

video

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan lelaki tersebut memberikan kejutan kepada isterinya dengan pemberian hadiah istimewa itu. Turut dapat dilihat, belon bersama-sama hadiah yang diberikan kepada isterinya ini.

Sebaik sahaja ikatan reben dibuka, belon tersebut kemudiannya terbang dan tidak dapat diselamatkan. Lebih melucukan, wanita itu kemudian bergegas berlari untuk menangkap belon tersebut sehingga membuatnya terduduk di jalan.

wanita

Namun rupa-rupanya, itu semua hanyalah satu prank sahaja di mana hadiah sebenar ada berada pada suaminya itu. Wanita itu yang akhirnya sedar apa yang berlaku turut menahan ketawanya manakala ahli keluarga yang lain turut sama berdekah melihatnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen juga turut terhibur melihat reaksinya ini. Malah ada yang berseloroh mereka juga turut sama berasa tertipu apabila menyangka hadiah tersebut telah terbang bersama-sama belon tersebut.

“Lah dah terguling member.”

prank

“Saya pun terprank ni.”

belon

“Bukan akak tu yang kena prank. Aku yang kena prank ni.”

komen

“Dengan aku aku sekali jerit. Kena prank juga ni.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "Reaksi Wanita Kena Prank Emas Terbang Bikin Terhibur, “Dah Terguling Member…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*