Pemandu Lori Ded4h Gaji RM8 Ribu Sebulan, Netizen Tanya Ada Kerja Kosong Tak

 

Isu mengenai gaji sering kali menjadi topik perbualan yang ‘hangat’ dan setiap individu sudah pastinya mengimpikan untuk memperoleh gaji yang tinggi setimpal dengan kerja dilakukan. Bagaimanapun, gaji seseorang itu lazimnya diberikan berdasarkan pengalaman dan kelayakan individu tersebut.

Seperti perkongsian pemandu lori menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok, tampil mendedahkan pendapatan bulanannya yang mengejutkan orang ramai.

Ujar lelaki ini, gaji bersih yang diterimanya adalah sebanyak RM6,215.66 dan dia sempat memperincikan setiap satu bahagian penyata gaji tersebut.

Ok basic RM1,100 dan yang ini over time (kalau kerja hari Ahad atau cuti umum) yang ini pula (komisyen) RM7,463.15 trip. Gaji kasar RM8,883.96.

Jumlah potong Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP) RM774 dan pinjaman selama sebulan RM1,490.20.

Video yang dikongsi semalam, telah mendapat lebih 2.6 juta tontonan dan pelbagai respon daripada wargamanya. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat gaji yang diterima adalah berbaloi berikutan risiko yang perlu ditanggung oleh mereka ketika berada di jalan raya.

Gaji besar tapi jarang ada di rumah. Risiko tinggi nyawa atas jalan.

Video penuh:

 

Gaji besar, risiko tinggi

Sumber: Madrizz_Official

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : obulan

 

Be the first to comment on "Pemandu Lori Ded4h Gaji RM8 Ribu Sebulan, Netizen Tanya Ada Kerja Kosong Tak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*