Buat Cover Lagu P. Ramlee Dn Saloma, Suara Nur Amira Dipuji Bak ‘Bvluh Perindv’

 

Gara-gara perwatakan lembut dan mudah tersenyum, siapa sangka gadis cantik berasal dari Pulau Pinang ini pernah menjadi sebutan ramai suatu ketika dahulu susulan bakat luar biasanya mahir bermain dram. Meskipun tidak pernah menghadiri kelas muzik secara formal dan berpandukan laman YouTube saja, Nur Amira Syahira bukan saja meraih banyak kejayaan malah pernah membuat persembahan di pentas antarabangsa.

 

Nur Amira Syahira curi tumpuan cover lagu P. Ramlee & Saloma

Meskipun aktiviti seninya kini tidak serancak dahulu, tapi gadis berusia 19 tahun ini kerap memuat naik persembahan cover lagu di laman media sosial seperti Facebook dan YouTube miliknya. Baru-baru ini pula, Nur Amira mencuri perhatian ramai menerusi lagu ‘Gelora’ yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Saloma.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Nur Amira Syahira (@amiradrummer)

Tak sangka alunan suara klasik tambat jiwa ramai

Tatkala artis BBNU lain seusianya sibuk bereksperimen dengan elemen muzik yang lebih futuristik, namun percaturan bekas juara ‘Ceria All Stars’ musim pertama ini untuk mengetengahkan irama klasik nyata berbaloi. Tanpa disangka-sangka, alunan suara Nur Amira cukup sesuai menyanyikan lagu sedemikian sekali gus menggamit nostalgia muzik yang popular pada era 70-an dan 80-an.

Suara buluh perindu, macam orang dulu gemersik sangat…makin mantap nyanyian Amira

video

Bukan saja meraih lebih seribu perkongsian, malah ruangan komen video lagu cover tersebut dibanjiri pelbagai reaksi positif netizen di laman Facebok. Terpukau dengan persembahannya, mereka turut menyifatkan kualiti nyanyian Amira semakin mantap bak ‘buluh perindu’.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber:FB Nur Amira Syahira & IG amiradrummer

 

Be the first to comment on "Buat Cover Lagu P. Ramlee Dn Saloma, Suara Nur Amira Dipuji Bak ‘Bvluh Perindv’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*