Dinamakan sebagai varian Omicron. Rupanya sebab ni WHO isytihar varian baru ini sangat berbahaya.

 

Semalam pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa wujudnya varian terbaharu COVID-19 yang dikenali sebagai B.1.1.529 mula menyerang beberapa buah negara luar seperti Afrika Selatan, Botswana dan juga Hong Kong.

Pihak KKM juga turut mengesahkan Malaysia masih bebas daripada varian tersebut. Sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah berkongsi beberapa langkah-langkah pencegahan serta kawalan sempadan yang lebih ketat bagi mengelakkan varian B.1.1.529 tular di negara ini.

Selang beberapa jam selepas itu, WHO telah mengisytiharkan varian terbaharu COVID-19 jenis B.1.1.529 yang ditemui pertama kali dikesan di Afrika selatan, sebagai varian yang membimbangkan (Variant of Concern/voc) dan menamakannya sebagai Omicron.

Klasifikasi itu meletakkan Omicron ke dalam kategori varian COVID-19 yang paling membimbangkan bersama-sama dengan Delta yang sedang dominan di seluruh dunia pada ketika ini berserta varian lain Alpha, Beta dan Gamma.

Majoriti negara-negara di seluruh dunia telah menyekat aktiviti penerbangan untuk memperlahankan penyebaran Omicron bermula hari Jumaat, semalam. Kesan kemunculan varian terbaharu itu telah menyebabkan pasaran saham dan harga minyak menjunam berikutan kebimbangan mengenai varian itu, sekaligus memberi tamparan hebat kepada pemulihan ekonomi global.

Video:

https://twitter.com/i/status/1464295764809637898

“Berdasarkan bukti yang dikemukakan, ia menunjukkan perubahan yang memudaratkan dalam epidemiologi COVID-19. WHO telah menetapkan B.1.1.529 sebagai varian yang membimbangkan (Variant of Concern/voc), bernama Omicron,” kata agensi kesihatan PBB dalam satu kenyataan rasmi.

WHO berkata ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk menyelesaikan kajian Omicron untuk melihat sama ada terdapat sebarang perubahan dalam kebolehjangkitan, keterukan atau implikasi terhadap vaksin, ujian dan rawatan COVID-19.

“Varian ini mempunyai sejumlah besar mutasi dan ada di antaranya sangat membimbangkan. Bukti awal menunjukkan Omicron mempunyai peningkatan risiko jangkitan semula berbanding VOC lain,” kata WHO, menunjukkan ciri-ciri yang membimbangkan.

Tambah WHO lagi, jumlah kes Omicron menunjukkan peningkatan di hampir semua wilayah di Afrika Selatan.

Video:

https://twitter.com/i/status/1464006046586974211

Maria Van Kerkhove, Ketua Teknikal WHO mengenai COVID-19, menggesa orang ramai untuk mengurangkan peluang daripada dijangkiti virus berbahaya tersebut.

“Kami faham bahawa orang ramai prihatin. Apa yang penting sekarang sebagai individu bertanggungjawab, anda perlu kurangkan peluang dari terjangkit kepada virus ini,” terangnya lagi.

Tambah Maria lagi, beliau menyeru orang ramai agak mempraktikkan penjarakkan sosial, memakai pelitup muka, elakkan berada di ruangan sesak, pastikan pengudaraan yang baik. Serta pastikan mengambil vaksin apabila tiba giliran.

Memetik laporan BBC, Ketua Penyakit Berjangkit dari Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci berkata walaupun laporan mengenai varian baharu itu menimbulkan kebimbingan satu dunia, namun beliau percaya ada kemungkinan vaksin masih berfungsi untuk mencegah virus berbahaya tersebut.-Sumber: Thevocket

Belum Habis Wabak Cov19. Pencipta Microsoft Memberi Amaran Kepada Dunia Untuk Bersiap Sedia Menghadap Wabak Baharu.

Bill Gates memberi amaran kepada dunia untuk bersiap sedia menghadapi wabak baharu selepas COVID-19 iaitu wabak penyakit dan serangan bioterorisme. Beliau beranggapan, wabak pada masa hadapan adalah wabak yang boleh menyebarkan penyakit lebih serius.

Untuk menanganinya, menurut Gates, pemimpin dunia mesti melabur berbilion dolar AS untuk tujuan menyelidik dan pembangunan. Pencipta Microsoft itu juga meminta negara maju, seperti Amerika Syarikat dan Britain, untuk melabur lebih banyak bagi menyiapkan diri menghadapi ancaman wabak seterusnya.

“Terdapat wabak yang berpunca semula jadi dan wabak yang disebabkan oleh bioterorisme yang mungkin lebih teruk daripada apa yang kita ada hari ini, tetapi kemajuan dalam sains perubatan seharusnya menyiapkan diri dengan lebih baik,” kata Gates dalam temu bual dengan bekas Setiausaha Kesihatan UK Jeremy Hunt seperti dilaporkan Sky News.

Gates juga menasihatkan pemimpin dunia untuk melibatkan diri dalam “germ games”, istilah yang merujuk kepada situasi di mana pengganas menggunakan senjata biologi untuk menyebabkan kerosakan di peringkat global. Sekiranya semua negara melakukan hal ini, kita akan bersedia menghadapi ancaman wabak seterusnya.

Menurut orang keempat terkaya di dunia tersebut, ‘germ games’ telah terbukti berpengaruh dalam membentuk dasar ancaman wabak. Sebuah negara boleh menyediakan vaksin yang lebih baik, lebih banyak katil hospital dan membuat rancangan kontingensi sekiranya berlaku wabak penyakit global.

Selain itu, Gates menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan sebuah pasukan khas pandemik yang disokong dengan dana yang besar.

Beliau turut memberi contoh bagaimana jika berlaku serangan pengganas menggunakan virus cacar yang menyasarkan 10 lapangan terbang. Menurutnya, peranan Pasukan Petugas Pandemik PBB akan menjadi sangat penting dalam keadaan ini.

Bill Gates turut mengutuk tahap penyediaan diri negara-negara untuk menghadapi pandemik COVID-19. Malah, beliau telah pun memberi amaran awal bahawa ancaman terbesar kepada manusia ialah penyakit berjangkit, bukan perang nuklear.

“Pada 2015, saya bercakap di Ted Talk dan menulis beberapa kertas bertajuk, ‘Kami tidak bersedia untuk wabak seterusnya’. Dan malangnya itu adalah ramalan yang baik tentang apa yang akan datang, dan yang tidak dijangkakan oleh sesiapa pun. Kerosakan ekonomi, kematian benar-benar mengerikan,” katanya.

Sumber: thevocket

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Menyembunyikan Kebenaran Mengenai Kemunculan Wabak. Saintis Bongkar Asal Usul Wabak Yang Melanda Wuhan.

NEW YORK: Seorang ahli epidemiologi terkemuka dunia mendedahkan wabak yang melanda Wuhan sebenarnya sudah diketahui dua minggu lebih awal, sebelum didedahkan kepada badan kesihatan global. 

Lapor Daily Mail, pendedahan Ian Lipkin yang merupakan seorang profesor di Universiti Columbia itu dilihat menggugat China mengenai naratif kejadian asal usul wabak dan melemahkan usaha negara itu untuk menyembunyikan kebenaran mengenai kemunculan wabak tersebut.

Dalam sebuah dokumentari, Lipkin memberitahu, beliau mengetahui ‘wabak baharu’ itu pada tarikh 15 Disember. 

Pihaknya mengesan penyakit itu dengan rakan-rakannya yang berkhidmat di Pusat Kawalan Penyakit serta dalam Kerajaan Persekutuan negara itu sebelum mengunjunginya untuk menyiasat perkara itu bulan berikutnya. 

Beliau berkata, rakan penyelidiknya dari China, Lu Jiahai memberitahu wabak itu dapat dicegah sekiranya sistem peringatan berfungsi dengan baik. 

Tambah beliau, pihaknya turut bertemu dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang dan saintis terkemuka bagi membincangkan penyakit berkenaan semasa kunjungannya ke negara itu. 

Beliau meramalkan virus baharu itu bakal menyebabkan kematian lebih sedikit daripada wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang muncul 2002, namun tetap memberi peringatan mengenai potensi wabak itu menjadi pandemik. 

Namun, beliau mengakui pandangannya berubah selepas mengetahui eksperimen berisiko tinggi pada koronavirus kelawar itu dilakukan oleh saintis Wuhan di makmal penyelidikan yang berteknologi rendah.

“Sekiranya mereka mendapati ratusan sampel kelawar yang masuk, dan beberapa daripadanya tidak dicirikan, bagaimana mereka tahu sama ada virus ini ada atau tidak di makmal ini?,” soalnya.

Prof. Lipkin yang dijangkiti Covid-19 selepas kembali ke Amerika Syarikat adalah tokoh penting dalam perdebatan mengenai asal-usul wabak dan percubaan untuk menyekat  hipotesis kebocoran makmal oleh pertubuhan saintifik.

Beijing berusaha menyembunyikan data, mendiamkan doktor, memenjarakan wartawan, menyalahkan negara lain dan menentang siasatan yang dilakukan oleh badan kesihatan global.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang komen atau pandangan substantif terbaharu yang boleh dibuat masa kini. 

“Wabak penyakit berjangkit berlaku secara berterusan di seluruh dunia. Sebilangan besar tidak pernah mendapat perhatian organisasi yang lebih besar kerana mereka tidak berkembang menjadi pandemik,” katanya.  

Dalam pada itu, Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri, Tom Tugendhat berkata, kronologi wabak yang berlaku di Wuhan masih memerlukan jawapan bagi memastikan semua pihak dapat menghindari pandemik sebegini daripada berulang lagi. 

“China perlu berhenti menghalang dunia dari memahami apa yang terjadi.  

“Latar belakang virus di Wuhan masih menimbulkan banyak pertanyaan yang sangat memerlukan jawapan untuk memastikan kita menghindari berulang wabaknya yang telah menyakitkan kita semua. 

“China perlu berhenti meletakkan halangan untuk membolehkan dunia dapat memahami apa yang terjadi dan mempelajari semua untuk mencegah berlakunya pandemik di masa depan,” katanya yang juga ahli Parlimen Tory. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: Utusan Malaysia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Terkejut Disebabkan 1 Kes Baru Covid 19 New Zealand Terus Lock Down Semula.

New Zealand antara negara yang kurang mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 dan boleh dikatakan sudah hampir bebas dari wabak itu. Malah, negara itu sebelum ini telah menyambut Hari Kebangsaan yang turut disertai dengan Perdana Menteri iaitu Jacinda Ardern selepas mencatatkan bilangan sifat Covid-19.

Tidak seperti beberapa negara lain, New Zealand memberikan tindak balas yang agak pantas.

New Zealand melaksanakan sekatan pergerakan serta-merta selama tujuh hari selepas mengesan satu kes Covid-19 jangkitan tempatan, disyaki varian Delta, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern.

Perdana Menteri iaitu Jacinda Ardern memerintahkan perintah berkurung selama tujuh hari selepas terdapat kes positif di bandar itu. Ardern berkata, New Zealand yang tidak merekodkan sebarang jangkitan dalam komuniti sejak enam bulan lalu, tidak boleh memandang ringan apabila melibatkan varian Delta.

Penduduk Auckland hanya dibenarkan keluar rumah jika perlu dan tempat awam tidak dibenarkan beroperasi. New Zealand memiliki jumlah penduduk seramai 5 juta telah mencatatkan lebih 2,000 kes positif COVID-19 sejak awal penularan wabak itu dengan 26 kes pemergian dicatat.

Pemimpin itu memetik masalah dihadapi Australia untuk mengekang varian yang amat mudah berjangkit itu bagi menyokong tindak balasnya terhadap kes yang dikesan di Auckland melibatkan seorang lelaki berusia 58 tahun.

New Zealand akan menjalani perintah berkurung bermula selasa 11.59 p.m , Kata Ardern. Penduduk Auckland tidak dibenarkan meniaga, hanya beberapa kedai dan farmasi sahaja beroperasi. Kata Ardern, Kemungkinan akan ada beberapa kes baharu berkaitan kes ini. Walaupun kami sudah berusaha sebaik mungkin, penularan tempatan tetap berlaku.

Perancangan awal adalah untuk New Zealand dikenakan sekatan pergerakan selama tiga hari mulai malam ini, manakala Auckland dan Coromandel berhampiran dikenakan sekatan seminggu.New Zealand dipuji kerana tindak balasnya terhadap virus korona dengan hanya 26 pemergian dalam populasi seramai 5 juta orang.

Bagaimanapun, program vaksinasi negara itu kurang berkesan dengan hanya 20% penduduknya telah mendapat dos penuh.

Ardern berkata, New Zealand antara negara terakhir di dunia yang merekodkan varian Delta dalam komuniti, namun menganggap perlu untuk mengandaikan ia telah ‘sampai’ ke negara itu walaupun keputusan makmal untuk mengesahkannya hanya akan diperoleh esok.

Menurut kenyataan dalam laman sesawang Kementerian Kesihatan New Zealand, bidang minat profesionalnya adalah pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit.

“Di New Zealand, terdapat hubungan antara sains yang hebat dan kepimpinan cemerlang, dan kedua-dua ini adalah tersangat berkesan. Saya sangat kecewa dengan negara yang mempunyai sumber sains terhebat di dunia, seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, serta kebanyakan di Eropah, namun berada di belakang New Zealand yang mempunyai sumber yang terhad,” kata Profesor Michael Baker.

Kredit: Freemalaysiatoday

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://erakini.bbn.my/

 

Be the first to comment on "Dinamakan sebagai varian Omicron. Rupanya sebab ni WHO isytihar varian baru ini sangat berbahaya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*