Sah! Ada Stesen Penyiaran Mahu Pelakon 1 Juta Pengikut, Anak Seni Luah Rasa Kecwa

 

Isu mengenai syarat pengambilan pelakon yang harus mempunyai sekurang-kurangnya 1 juta pengikut di laman Instagram semakin hangat diperkatakan.

Nam Ron Dedah Kriteria Ditetapkan Stesen Penyiaran 

Terbaru, pelakon dan pengarah Nam Ron memuatnaik tangkap layar kriteria untuk pengambilan para pelakon dipercayai ditetapkan oleh sebuah syarikat penyiaran. Tegas Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, kenyataan tersebut adalah benar dan menyifatkan ia sebagai perkara yang serius.

“Katanya ini datang dari sebuah syarikat penyiaran. It’s real guys! Not a joke. Bukan mitos atau urban legend.

So apa lagi? Keputusan di tangan anda. Nak pelakon kegemaran anda beraksi di kaca tv follow them on social media.

“Bullsh*t!” Kata pelakon senior yang follower baru 100k lebih.” luah Nam Ron

Ramai Penggiat Seni Kecwa 

Susulan itu ramai penggiat industri terdiri daripada pelakon popular dan pengarah tempatan meluahkan rasa kecwa atas syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat tersebut. Antara yang tampil ‘bersuara’ adalah Sharifah Amani, Nabila Huda, Beto Kusyairi, Adrian Teh, Sherry Al-Hadad, Nad Zainal serta ramai lagi.

via Twitter Sharifah Amani
via Twitter Sharifah Amani
via Twitter Sharifah Amani

Rata-rata daripada mereka berpendapat terdapat ramai pelakon yang berbakat besar dan mempunyai pengetahuan dalam bidang seni lakonan dan berkaitan, namun tidak mempunyai peluang untuk tampil ke hadapan hanya kerana ada pihak yang lebih mementingkan isu pengikut di media sosial.

Tidak terkecuali, para peminat turut kecwa dengan penilaian pihak tersebut yang hanya mementingkan kuantiti berbanding kualiti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "Sah! Ada Stesen Penyiaran Mahu Pelakon 1 Juta Pengikut, Anak Seni Luah Rasa Kecwa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*