“Road To Halal”- Mas Khan Bakal Kahwin Dengan Ibu Tunggal Anak 3! Bakal Isteri Dia Bukan Biasa2

 

Hubungan mesra di antara pelakon Mas Khan dengan usahawan Diana Nasimuddin kini melangkah fasa seterusnya! Mas Khan telah tampil memberikan kejvtan dengan melamar kekasihnya Diana Nasimuddin.

Menerusi posting di Instagram, Diana Nasimuddin menitipkan ucapan romantis kerana memilih dirinya yang merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak.

“18.11.21 menandakan peristiwa penting dalam hubungan kami. Terima kasih kerana memilih saya. Anda masih muda dan berjaya, anda memilih untuk mendedikasikan hidup anda untuk menjaga ibu tunggal ini dan tiga orang anaknya.”-Diana Nasimuddin

Bukan Perkara Mudah

Diana Nasimuddin turut memberitahu bahawa hubungan perjalanan mereka bukanlah satu perkara yang mudah dan hanya mereka tahu kisahnya.

“Saya tahu ianya bukan satu perjalanan yang mudah untuk kita tetapi hanya kita yang tahu kisah kita.

Semoga Allah SWT permudahkan perjalan kita hari ini Insya Allah. #roadtohalal”-Diana Nasimuddin

Mas Khan Akui Mudah Rasa Cembvru

Posting tersebut turut mendapat komen dari Mas Khan yang mengakui dirinya tidak sempurna dan akui dirinya mudah rasa cembvru.

“Saya tidak sempurna. Apabila bercakap mengenai hubungan, kadangkala saya serabut, saya mulakan pergaduhan, saya mudah cemburu.

Tetapi ada tiga perkara yang saya banggan menjadi diri saya, saya tidak main-main, saya memberikan yang terbaik dan apabila saya memilih awak, hanya awak. InsyaAllah”-Mas Khan

Berikut Sedikit Info Mengenai Nur Diana Nasimuddin

Diana Nasimuddin merupakan salah seoang pewaris dari Naza Group, lahir pada 6 July 1981

Di samping adiknya Nadia, dia membantu mengemudi bahagian F&B Kumpulan Naza dan juga memulakan bersama platform kecantikan digital mySmink

Anak kedua Puan Sri Zaleha Ismail dan Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin mempunyai hubungan rapat dengan adik bongsunya, Nadia, yang bekerja rapat dengannya untuk menyelia bahagian F&B Kumpulan Naza, Lyfestyl Projects. Aura kuat mereka malah telah membawa kepada pelancaran platform kecantikan digital yang dipanggil mySmink

Tentu ramai yang mengenali adik-beradik popular yang sukses dalam perniagaan ini. Anak-anak kepada pengasas syarikat Naza Group, Allahyarham Tan Sri Dato’ Sri Utama SM Nasimuddin ini layak dilabel sebagai ‘business mogul’!

Adik beradik ini terdiri daripada SM Faisal Nasimuddin, Nur Diana SM Nasimuddin, SM Nasarudin Nasimuddin, SM Faliq Nasimuddin dan Nur Nadia Nasimuddin.

Diana Nasimuddin di samping adik-beradik

Arwah Tan Sri Nasimuddin SM Amin

Arwah bermula sebagai kerani dan pembantu kontraktor binaan di syarikat pembinaan bapanya. Pada tahun 1974, beliau mampu menyimpan RM80,000 dalam akaun hasil gaji sebagai pembantu ayahnya.

Minat arwah terhadap kereta dan automobil membuahkan hasil dengan membeli 20 permit import (AP) dan mengimport kereta buatan asing dari Jepun.

Kumpulan Naza kini ada 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri seperti kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, hartanah dan banyak lagi.

Anaknya Datuk Wira SM Faisal adalah Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza serta Pengasas dan Pengarah Urusan Eftra Holdings Sdn Bhd.

SM Nasarudin pula merupakan Ketua Operasi Naza Corporation Sdn Bhd dan mengambil alih jawatan CEO di tiga syarikat Naza iaitu Nasim Sdn Bhd, Naza Corporation Sdn Bhd dan NZ Diners Sdn Bhd.Beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Anak lelaki bongsu iaitu SM Faliq memegang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn Bhd dan berkahwin dengan Chryseis Tan anak kepada Pengerusi Berjaya Corporation Berhad iaitu Tan Sri Vincent Tan.

Kami mengucapkan tahniah dan tak sabar mahu melihat pasangan serasi ini di atas pelamin!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "“Road To Halal”- Mas Khan Bakal Kahwin Dengan Ibu Tunggal Anak 3! Bakal Isteri Dia Bukan Biasa2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*