Ramai pertikai kenapa Darling Ngasri dapat pingat daripada Bomba, rupanya ini jasa dia selama ini

 

Kuala Lumpur: Penerbit dan pelakon Darling Ngasri bersyukur dianugerahkan Pingat Kebesaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini, semalam. Menurutnya, anugerah yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid itu adalah penghargaan terhadap usahanya mengangkat peranan JBPM menerusi karyanya selama ini.

Kami bekerjasama erat dalam membantu mempromosikan program-program berkaitan bomba. Antara karya yang dihasilkan ialah iklan bomba, novel adaptasi, drama bersiri Hero, filem Hero dan yang terbaru telefilem sempena Aidilfitri di TV3 berjudul Fateema Azahra.

“Ini adalah anugerah kedua dari JBPM kerana pada 2018 saya dianugerahkan Pingat Jasa Bomba,” katanya kepada Harian Metro.

Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri berterima kasih kepada Mohammad Hamdan serta semua warga JBPM atas penghargaan yang diberikan.

“Ini membakar semangat buat saya untuk terus menghasilkan karya-karya menarik berkaitan JBPM pada masa akan datang.

“Tak lupa juga, terima kasih saya buat semua pasukan Ns Star Studio dan karyawan yang pernah terbabit dalam projek-projek bersama bomba. Saya dedikasikan anugerah ini buat mereka semua di belakang tabir yang bekerja keras bersama saya selama ini,” katanya.

Darling Ngasri (kiri) dan Anne Ngasri (kanan) bersama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid

Tinggalkan Dunia Lakonan

Dalam diam tak diam, hampir 10 tahun, Darling tidak berlakon dan muncul di kaca televisyen. Buat masa ini, Darling sibuk menguruskan syarikatnya yang bakal menerbitkan beberapa program termasuklah filem pertamanya, Hero yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan. Malahan pada tahun hadapan, berkemungkinan dirinya akan bertambah sibuk dengan beberapa program dan dokumentari majalah mendatang terutamanya untuk saluran RTM (Radio Televisyen Malaysia).

“Tidak dinafikan tugas saya sekarang banyak membawa saya ke luar negara dalam menghasilkan sebuah dokumentari majalah yang terbaik. Memang dari segi produksi, ianya merupakan tugas yang mencabar apabila perlu ke luar negara, namun apabila dapat menghasilkan dokumentari yang terbaik sudah tentu dapat menggembirakan hati penonton.

“Selain mencabar daripada segi kos yang agak tinggi kerana membawa tenaga kerja yang ramai, tetapi kepuasan yang kami dapat memang tak terbeli. Kami juga merasa seronok apabila dapat membawa penonton lebih dekat dengan dunia luar,”ujar Darling lagi.

Wanita Perlu Persiapkan Diri

Apabila ditanya tentang persiapan setiap wanita, Darling menyarankan wanita di luar sana agar sentiasa bersedia dengan cabaran dunia dan ekonomi yang makin mencabar.Sebagai wanita, setiap dari kita seharusnya mempersiapkan diri sebaik mungkin agar kita mampu bertahan jika berlaku di luar kemampuan kita.Wanita hari ini juga perlu kuat, bijak dan kreatif dalam menambah kemahiran dan juga mencari duit poket sendiri.

“Bagi wanita yang kehilangan suami, sebaiknya sedari awal anda jangan terlalu bergantung kepada suami sebaliknya berpijak di kaki sendiri. Jadi apabila anda berpisah dengan atau suami hilang pekerjaan dalam sekelip mata, anda mampu meneruskan hidup dengan kemampuan sendiri.

“Saya sendiri kurang setuju dengan wanita yang terlalu bergantung kepada suami. Sebab apa sahaja mungkin berlaku, oleh itu bersiap sedia untuk hadapi segalanya. Jangan letakkan diri anda untuk berada dalam keadaan berisiko tinggi,” tambahnya lagi.

sumber: hmetro, mingguanwanita

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Ramai pertikai kenapa Darling Ngasri dapat pingat daripada Bomba, rupanya ini jasa dia selama ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*