” Hadiah Jam Tangan Buat Abah” Sebelum ini Hanya Mampu ‘Cuci Mata’ Sbb Mahal, Bapa Menangls Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman –

Tak dinafikan, kasih sayang yang dicurahkan insan bergelar ibu bapa terhadap anak-anak memang tiada tolok bandingnya. Bahkan mereka juga lah merupakan insan yang banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi membesarkan anak-anak.

Kadangkala mereka sanggup melupakan hasrat atau keinginan sendiri semata-mata kerana mahu memastikan segala kelengkapan anak-anak mencukupi.

Hadiahkan abah jam tangan

Baru-baru ini viral satu video di TikTok memperlihatkan tindakan seorang anak membuat kejutan terhadap bapanya dengan membeli jam tangan idaman insan kesayangannya itu.

Menurut pemuda ini, bapanya sudah lama berkenan dengan jam tangan tersebut malah sudah menjadi satu kelaziman buat bapanya untuk singgah di kedai jam tangan terbabit setiap kali apabila pergi ke bandar Alor Setar. Namun, bapanya sering memaklumkan hanya mampu ‘mencuci mata’ sahaja memandangkan dia tldak mampu memilikinya kerana harga jam tersebut agak mahal.

Tapi hari ini, saya hadiahkan jam yang dia nak tu. Sebak pula bila tengok reaksi dia.

Saat pemuda ini menghulurkan kotak berisi seutas jam itu, si bapa kelihatan terkesima dan seakan tidak percaya bahawa di hadapan matanya adalah jam idamannya selama ini.

Malah dia berkali-kali bertanya adakah benar jam itu diberikan kepadanya. Tidak lama selepas itu, si bapa yang tidak dapat menahan sebak telah mengalirkan air mata kegembiraan. Dia juga sempat berkata, jam tersebut merupakan cita-citanya.

Untuk siapa ni? Siapa beli? Ya Allah, cita-cita abah. Betul ke ni bagi dekat abah? Betul ke hampa beli dekat abah? Terima kasih. Memang cita-cita abah tapi abah kata tak apa sampai bila pun abah tak boleh pakai dah.

Surprise buat abah

 

Video yang dikongsikan Naem Zaimi telah mendapat hampir 1.9 juta tontonan. Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netlzen turut sebak selepas melihat reaksi lelaki ini. Malah tdak kurang juga ada yang meluahkan rasa rindu terhadap bapa masing-masing.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://transformasi.pw/

 

Be the first to comment on "” Hadiah Jam Tangan Buat Abah” Sebelum ini Hanya Mampu ‘Cuci Mata’ Sbb Mahal, Bapa Menangls Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman –"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*