Dua ekor sotong goreng berharga RM 100, Plhak Restoran Tampil Berl Pnjelasan

 

Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell yang merupakan antara restoran nasi kandar popular di negeri ini menjadi topik panas dalam media sosial selepas resit hidangan dua ekor sotong berharga RM100 tular hari ini.

Salinan resit berkenaan yang menunjukkan harga bagi dua ekor sotong goreng berharga RM100 manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM4.50, nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2) menjadi perdebatan warga maya yang menganggap harga berkenaan melampau.

Perkongsian seorang pelanggan mengenai pengalamannya menikmati nasi kandar berlaukkan dua ekor sotong goreng berharga RM 100 di sebuah restoran nasi kandar popular di sini mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial hari ini.

Menurut perkongsian oleh seorang lelaki di Facebook, dia mengingatkan agar rakan-rakannya berhati-hati sekiranya mahu menikmati nasi kandar di negeri ini kerana menganggap harganya yang mahal.

“Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga dua ekor sotong boleh cecah sampai RM 100,” katanya.

Lelaki berkenaan turut berkongsi gambar hidangan sotong itu yang bersaiz agak besar dan dinikmati bersama nasi beriani.

Selain itu, pengguna Facebook itu turut berkongsi gambar sekeping resit yang dikeluarkan di restoran tersebut pada pukul 5.09 petang semalam.

Resit itu memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar berharga RM 100, manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM 4.50, nasi putih RM 1.50, dua biji telur masin RM 2, papadom RM 3 dan timun RM 2.

Sementara itu, wakil pengurusan restoran berkenaan ketika dihubungi hari ini memaklumkan pihaknya telah meletakkan tanda harga bagi setiap menu, manakala harga sotong berkenaan adalah harga standard di restoran itu.

Tampil Beri Penjelasan

Reaksi Orang Ramai

Perghh sotong kayangan..dia ternak dlm sangkar jugak kot buat pameran.

Zaman 80an kalau kena s.embelih pelanggan kena telan aje. Tidur malam pun tangan letak kat dahi. Zaman sekarang jangan buat main2..x sampai 5 minit dah v.iral.

Harga makanan sekarang ini… Agak g.ila2, dan terlalu tinggi. Biarlah berpatutan, jangan untung banyak sangat.

Nak makan sedap sampai puas nak m.ampos, masak lah sendiri… Pg pasar beli sotong berton2 tak taukey tu marah… Ukur dulu itu pocket, baru ukur perut nak makan apa d kedai.

Kredit : Kosmo/MG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Dua ekor sotong goreng berharga RM 100, Plhak Restoran Tampil Berl Pnjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*