Mamat Khalid meningg4l dunia malam tadi, sekali ini komen Menteri

 

KUCHING – Pengarah filem tersohor, Mamat Khalid adalah seorang wira yang turut memperjuangkan agenda perpaduan.

Melalui karya filem yang menjadi tontonan pelbagai kaum dan peringkat usia, pengarah filem tersohor itu telah meninggalkan legasi indah dengan menghantar pelbagai mesej perpaduan kaum dalam karya-karya besarnya.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique menganggap pengarah tersebut sebagai insan seni yang hebat apabila turut membantu memberikan sumbangan tidak ternilai kepada negara melalui karya seninya.

“Beliau adalah seorang pengkarya, ahli seni yang patut dicontohi semua. Karya seni adalah medium yang dapat dijadikan sebagai platform penyatuan bangsa dan kaum di negara ini.

“Sebagaimana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang meninggalkan legasi seni sehingga berdekad-dekad lamanya kepada seluruh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, saya melihat Mamat Khalid juga begitu.

“Ada nilai kemasyarakatan, nilai perpaduan kaum, nilai kebersamaan melalui karya-karya Mamat,” kata Halimah.

Menurut Halimah, keindahan sebuah karya seorang pengarah filem adalah apabila menjadi tontonan masyarakat pelbagai kaum, selain turut menghantar mesej-mesej positif yang diterima sehingga melangkaui zamannya.

“Mamat Khalid bukan sahaja menghasilkan karya seni yang bersifat humor, tetapi juga mengajak seluruh masyarakat supaya saling hormat menghorm4ti, berkasih sayang, tolong menolong dan bertoleransi sesama masyarakat.

“Di situ ‘mahalnya’ sebuah karya seni apabila turut bercerita dengan nilai yang positif, sehingga dikenang dalam sejarah,” katanya.

Halimah turut merakamkan ucapan t4kziah kepada keluarga pengarah filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah itu atas kembalinya ke rahmatullah.

“Saya berharap seluruh keluarga Allahyarham diberikan ketabahan atas kehilangan ini. Marilah kita seluruh umat Islam menghadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.

“Perginya Mamat Khalid juga adalah kehilangan besar kepada negara dan saya percaya karya-karya beliau akan terus hidup dan segar di mata masyarakat Malaysia,” kata Halimah lagi.

Mamat Khalid, 58, meningg4l dunia lewat malam tadi, di Hospital Slim River, Perak ekoran ser4ngan jantung.

Mamat yang juga adik kepada kartunis tersohor negara, Datuk Lat meningg4lkan seorang balu, Hasmah Hassan dan lima anak. – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://bartasangbad.site/

 

Be the first to comment on "Mamat Khalid meningg4l dunia malam tadi, sekali ini komen Menteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*