Remy Ishak Kongsi Video Pernikahan, Siap Kena Tahan Di ‘Roadblock’ Sebelum Majlis

Perkahwinan pelakon kacak, Remy Ishak dan pasangannya Ezza Yusof kira-kira tiga minggu lepas masih lagi menjadi bualan peminat kerana terlihat ringkas dan sweet.

Pernikahan yang berlangsung di Masjid Negara pada 21 Ogos 2021 tempoh hari menjadi bukti hubungan percintaan mereka yang ada turun naikknya.

Bagi mengingati momen bahagia tersebut, Remy Ishak telah memuat naik video ringkas pernikahannya yang cukup romantis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Pelakon tersebut juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakannya serta isteri sepanjang tempoh ini. Dia akui melakukan perkara wajib terlebih dahulu memandangkan masih lagi berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi video yang ditayangkan di saluran YouTube Remy Ishak Official, ada satu momen dimana pihak pengantin lelaki melalui roadblock dari pihak polis.

Anggota polis yang bertugas sempat mengucapkan selamat pengantin baru buat aktor tersebut dan mengambil peluang bergambar dengan Remy Ishak sebelum dia meneruskan pejalanan ke Masjid Negara.

Sehubungan dengan perkongsian video tersebut, rata-rata warganet telah menghujani ruangan komen dengan mendoakan pasangan ini terus bahagia hingga ke akhir masa.

Mereka juga turut mengucapkan selamat pengantin baru buat Remy serta Ezza Yusof diatas pernikahan mereka yang belum sampai sebulan.

 

Sumber: OMM

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  motifviral

 

Be the first to comment on "Remy Ishak Kongsi Video Pernikahan, Siap Kena Tahan Di ‘Roadblock’ Sebelum Majlis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*