‘IG Live’ Terbaru Sharnaaz dan Shukri Yahaya Buatkan Peminat Terhibur

 

Dua aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sememangnya bersahabat baik. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi, mereka kerap berhubung dan membuat ‘IG liv’e bersama berborak sambil menyapa peminat.

Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu tiap kali mereka berdua melakukan ‘IG live’ bersama kerana sudah tentu ramai yang ‘pec4h perut’ mendengar sembang kosong mereka.

Selepas lama tidak menyapa peminat di media sosial, kali ini mereka kembali dengan bergurau bermain filter di Intagram.

Hal ini dimuat naik kembali seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @_syifahanafi sehingga ramai yang turut terhibur sama menonton telatah dua aktor popular ini.

Namun, paling mencuri tumpuan sudah tentu salah satu filter yang digunakan Sharnaaz yang memperlihatkannya seperti orang Arab.

Hal tersebut membuatkan ramai terhibur dan berdekah kerana memahami ‘perlian’ harus pelakon berkenaan yang merujuk kepada siapa.

Sehubungan dengan itu, ramai yang telah meninggalkan komen diruangan TikTok tersebut dengan memaklumkan berasa terhibur dengan ‘perangai’ dua aktor hebat tanah air.

Mereka juga memahami double meaning yang dibuat Sharnaaz sehingga Shukri Yahaya tak boleh berhenti ketawa.

Walau bagaimanapun ada yang kurang senang dengan gurauan halus mereka apabila dikatakan mengaitkan orang lain. Beberapa warganet turut memberi nasihat supaya tidak terus memerli orang kerana bimbang ia menjadi satu dos4 antara manusia.

 

Sumber: OMM

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : motifviral

 

Be the first to comment on "‘IG Live’ Terbaru Sharnaaz dan Shukri Yahaya Buatkan Peminat Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*