Almy Nadia sebak, 8 ahli keluarga p0sitif C0v!d-19

 

PETALING JAYA – Pelakon Datin Almy Nadia sebak apabila lapan ahli keluarga di Balik Pulau, Pulau Pinang termasuk ibunya disahkan positif Covid-19.

Isteri kepada Datuk Fizz Fairuz itu meminta maaf kepada semua insan kesayangannya kerana hanya dapat menitipkan doa daripada kejauhan disebabkan faktor jarak dan situasi semasa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

“Saya minta doa semua agar emak, anak, adik, adik ipar dan empat anak saudara kami yang disahkan positif Covid-19 supaya cepat sembuh.

“Minta jasa baik anda, terutama untuk mak kami yang berada dalam kategori berisiko tinggi. Harap abah (ayah) kuat dan boleh uruskan semua.

“Insya-Allah, saya akan cuba sedaya upaya untuk kuatkan mental dan fizikal demi keluarga di Penang,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Selain ibu bintang filem Dunia Baru The Movie itu, Roshida Hashim, 54, anak angkat Almy yang dipelihara keluarganya, Nur Afrina Darwisya, 12, turut dijangkiti virus berkenaan.

Rumahtangganya dengan Fizz yang juga ahli perniagaan pada April 2014 diserikan kehadiran tiga lagi cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, dan Nur Afrina Ayra, 3.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Bulan lalu, Almy yang kini tujuh bulan hamil anak keempat pernah meluahkan kebimbangan melihat impak Covid-19 sehingga menangis teresak-esak menerusi Instagramnya.

Dia mendedahkan diserang ketakutan selepas menyedari berdepan risiko terutama dalam keadaan dirinya yang sedang mengandung.

Sementara itu, difahamkan bapa dan seorang adik lelaki Almy atau nama penuh Almy Nadiah Aminuddin Shah, 35, tidak dijangkiti selepas keputusan ujian calitan dikeluarkan, semalam. – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : kosmo

 

Be the first to comment on "Almy Nadia sebak, 8 ahli keluarga p0sitif C0v!d-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*