Latif Romly menang emas, nama Remy Ishak menjadi sebutan

 

PETALING JAYA – Seperti bermusim, nama aktor kacak Remy Ishak sekali lagi menjadi sebutan netizen apabila wajahnya dikatakan mirip dengan atlet lompat jauh, Latif Romly.

Perkara tersebut menjadi bualan netizen dalam ruangan komen di beberapa hantaran mengenai kemenangan Latif di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 semalam.

Kebanyakan netizen memuji rupa paras kacak Latif selain mendakwa wajahnya mempunyai iras pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu.

TANGKAP layar komen netizen yang memperkatakn tentang wajah dua jejaka berkenaan.

“Sudah macam Remy Ishak wajah Latif. Inilah wira kita,”.

“Mak saya kata persis Remy Ishak,” .

Dalam pada itu, selain Remy, terdapat juga netizen yang menyamakan wajah Latif persis pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal.

Bagaimanapun, rata-rata netizen turut mendoakan agar Latif segera sembuh daripada kecederaan yang dialaminya semalam.

Semalam, nama Latif menjadi bualan hangat sehingga sohor kini dalam Twitter selepas memenangi pingat emas ketiga buat negara pada temasya sukan tersebut.

Sehingga semalam, kontinjen atlet paralimpik negara berjaya meraih tiga emas bagi sukan angkat berat, badminton dan lompat jauh.

Manakala, dua pingat perak pula dihadiahkan oleh atlet sukan boccia dan powerlifting. – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : kosmo

 

Be the first to comment on "Latif Romly menang emas, nama Remy Ishak menjadi sebutan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*