“Tq For C0ming Mama” – Tokti

 

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti mengumumkan bahawa beliau telah selamat melahirkan anak keduanya pada 7 Ramadhan yang lalu.  Bayi lelaki yang dilahirkan pada hari ketujuh dimana umat islam menyambut Ramadhan itu telahpun diberikan nama sebagai Muhammad Afwa. Tokti menjelaskan bahawa beliau dan suami sepakat memberikan nama tersebut kepada anak mereka kerana Muhammad Afwa membawa maksud keampunan dan kemaafan.

Bersesuaian dengan bulan kelahiran anaknya itu yang jatuh di dalam bulan Ramadhan iaitu bulan dimana umat islam memohon keampunan dan kemaafan. Menurut Tokti lagi di dalam doa malam Lailatur Qadar juga turut menyebut mengenai Afwa.

Baru-baru ini setelah genap 7 hari kelahiran buah hati keduanya itu Tokti telah mengadakan majlis bertahnik di rumahnya, di samping memperkenalkan anaknya dan mengumumkan nama anaknya itu kepada umum.

Majlis tersebut bagaimanapun telah mengundang rasa kurang puas hati kepada netizen yang mempertikaikan kehadiran beberapa agamawan ternama yang dikatakan merentas negeri demi menghadiri majlis berkenaan. Tokti bagaimanapun telah tampil menjelaskan keadaan sebenar dan meminta maaf di atas salah faham yang berlaku akibat majlis berkenaan.

Menjengah ke instagram story Tokti, beliau telah muatnaik video terkini di mana bekas isteri kepada Datuk Khalid iaitu Tengku Zawyah telah datang menziarahi beliau dan anaknya Muhammad Afwa.

Tokti turut mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tengku Zawyah yang sudi hadir menziarahi beliau dan anak ketika beliau masih lagi menjalani tempoh berpantang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hubungan baik yang terjalin antara Tokti dan Tengku Zawyah cukup memberikan inspirasi buat masyarakat yang kagum dengan mereka berdua kerana mampu mengekalkan hubungan baik dan menjadi contoh tauladan kepada orang ramai.

VIDEO:

t_video6098174676314358316

Sebelum ini Tokti pernah mendedahkan bahawa kandungan kedua beliau ini merupakan kembar kepada Aafiyah. Bayi dalam kandungan beliau itu merupakan embrio yang terjadi pada hari yang sama dengan Aafiyah semasa beliau menjalani rawatan IVF 3 tahun yang lepas.

Tokti juga mempunyai hasrat dan harapan yang amat besar buat anak lelakinya itu. Selain mengharapkan anak lelakinya itu menjadi anak yang soleh dan menjadi pemimpin, Tokti juga berdoa agar anaknya agar mampu menghafaz Al-quran dan mampu menjaga dirinya apabila sudah tua kelak

Sumber:ig ctdk

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://www.dnq.pw/

 

Be the first to comment on "“Tq For C0ming Mama” – Tokti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*